Home Berita PAS Terengganu

Atlet Kessuma Terengganu dominasi acara ping pong

28
SHARE

KUALA NERUS – Terengganu mempamerkan ‘belang’ dalam sukan ping pong kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) apabila menang besar bagi saingan awal lelaki dan wanita dengan skor 5-0.

Dalam saingan pagi tadi, pasukan lelaki menewaskan Johor dengan kemenangan 5-0, manakala pasukan wanita turut membenam cabaran Negeri Sembilan skor sama.

Jurulatih Ping Pong KESUMMA Terengganu, Khairul Anuar Abdul Rahman berkata, kemenangan itu adalah hasil persiapan rapi dan latihan insentif sebelum kejohanan.

“Untuk perlawanan pagi ini antara Terengganu dan Negeri Sembilan alhamdulillah kita (pasukan perempuan) menang 5-0  dan semua pemain bermain mengikut apa yang dirancang.

“Pasukan lelaki kita juga menang dengan johor 5-0 dan pemain bermain dengan baik sekali untuk hari ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak media di Dewan Arena Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Gong badak, pada hari ini.

Justeru itu, beliau berharap, momentum kemenangan ini akan berterusan hingga peringkat akhir nanti.

Selain ping pong, KESSUMA juga mempertandingkan beberapa acara sukan lain termasuk bola sepak, bola jaring, sepak takraw, badminton (lelaki dan perempuan) serta bola tampar.

Kejohanan tahunan ini, yang kini memasuki edisi ke-23, melibatkan penyertaan dari 12 negeri di seluruh Malaysia, menjadikannya antara platform utama untuk mencungkil bakat-bakat muda dalam kalangan pelajar sekolah menengah agama.