Home Berita PAS Sabah

Asnaf terharu terima bantuan urusan kebajikan

14
SHARE

Oleh: Fadilah Nordin
10 Oktober 2023

SEPANGGAR: Golongan asnaf menyatakan rasa terharu apabila PAS Sepanggar sedia membantu menguruskan permohonan kebajikan di Pusat Zakat dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah.

“Kami tidak layak dapat kebajikan sebab kami tidak tahu urus zakat,” antara keluhan pesakit lumpuh, Liling Buran,65 ketika PAS Sepanggar mengadakan aktiviti ziarah penduduk dalam kalangan masyarakat miskin, OKU, sakit, warga emas, armalah dan anak yatim (MOSWAY) sekitar Kampung Selembangun Sepanggar, di sini semalam.

Keluarga pesakit yang diziarahi menerima sumbangan bakul makanan, rawatan rukyah dan bantuan urusan permohonan JKM dan Pusat Zakat.

“InsyaAllah, kami akan usahakan sebaik mungkin untuk membantu masyarakat yang memerlukan,” kata Yang Dipertua PAS Sepanggar, Dr. Aliakbar Gulasan.

PAS Sepanggar turut menziarahi 4 keluarga asnaf dan Pusat Tahfiz Kampung Selembangun untuk ambil cakna keperluan yang boleh disumbangkan untuk meringankan beban keluarga dan pengurusan tahfiz tersebut.

Turut hadir Ketua Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS kawasan, Mohamad Idris Mohammad dan AJK PAS kawasan Sepanggar, Hasruddin Syamsuddin.