Home Berita PAS Pulau Pinang

Asabiqat Negeri Pulau Pinang Pemangkin  Gerakerja Muslimat PAS Negeri 

980
SHARE


Oleh: Khatijah Abd. Hamid.
Permatang Pauh | 30 Nov 2017 | Khamis

Buat julung kalinya satu pertemuan ahli Asabiqat Negeri Pulau Pinang diadakan di Dewan Orang Ramai, Blok Permata, Perda, Permatang Pauh, Pulau Pinang. Bermula pada jam 3.00 petang. 
Pertemuan ini diadakan  untuk mengumpulkan ahli  kelab Asabiqat dan memberi penerangan yang jelas tentang tujuan kelab ini ditubuhkan. Kelab Asabiqat ini khas untuk golongan veteran  yang pernah memberi khidmat kepada PAS. Kehadiran seramai  36 orang ahli menunjukkan satu permulaan yang amat baik.  

Puan Hajah Mariah Salleh, merupakan Pengerusi Kelab Asabiqat Pulau Pinang.
Beliau menerangkan tentang tujuan penubuhan kelab Asabiqat adalah untuk menghimpunkan keseluruhan ahli-ahli muslimat yang pernah memberi khidmat dalam perjuangan PAS. Seterusnya,  beliau menyeru agar ahli kelab bersama-sama  membina Kelab Asabiqat yang mantap dan kukuh.

Ustazah Hasanah Idrus, Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri, menyatakan bahawa, ahli Asabiqat yg hadir ini adalah yang pernah memjadi aktivis muslimat PAS, walau dalam usia telah melebihi 55 tahun, mereka tetap istiqamah berjuang dalam jemaah.

Keuntungan kita berada dalam jemaah Islam, adalah kita akan sentiasa diberi kekuatan oleh Allah swt dalam gerakerja. Teruskan  berdoa dan bermunajat kepada Allah dalam memohon pertolongan dan kekuatan.
Kalam akhir  Ustazah Hasanah, 
“Wahai Asabiqat, jangan luntur perjuanganmu, jadilah contoh terbaik untuk anak-anak muda.”

Ustazh Nuridah Mohd Salleh, Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, memberi pesanan buat Asabiqat agar dapat mengisi masa lapang dalam jemaah dengan program-program munajat.
Jangan lupa mendoakan jemaah kita, untuk kemenangan Islam, agar Islam dapat ditegakkan dan syariatnya dapat dilaksanakan.
Seruan akhir ustazah Nuridah, “Jika kamu bela agama Allah, nescaya Allah akan membela kamu dan Allah akan teguhkan kedudukan mu”
Program berakhir pada jam 6.00 petang , disusuli dengan majlis iftar dengan pelbagai juadah yang sebahagiannya dibawa oleh ahli Asabiqat yang hadir.
Semoga apa yang ditunjukkan oleh golongan Asabiqat ini boleh memberi motivasi buat golongan muslimat muda PAS, sekaligus menjadi pemangkin gerakerja muslimat PAS negeri Pulau Pinang dalam mendepani cabaran  menempuh PRU 14.