Home Berita PAS Terengganu

Artis ternama dan UAI bakal gegarkan TIBW 2025 Julai ini

7
SHARE

KUALA LUMPUR – Terengganu International Bike Week (TIBW) 2025 bakal menjadi medan luar biasa apabila menghimpunkan nama-nama besar dari dunia hiburan dan dakwah dalam satu pentas yang sama.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri, Datuk Razali Idris berkata acara yang dijadual berlangsung dari 2 hingga 6 Julai 2025 di Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu itu bakal dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal tanah air seperti Dato’ Hattan, Hazama dan Aweera, selain slot istimewa Sembang Santai bersama ikon dakwah tersohor, Ustaz Azhar Idrus bersama Zizan Razak.

“Pendekatan seimbang ini membuktikan komitmen kerajaan negeri untuk menjadikan TIBW bukan hanya tumpuan golongan peminat motor, tetapi juga keluarga dan komuniti umum.

“TIBW 2025 bukan sahaja akan menghiburkan, malah menitikberatkan dalam aspek keagamaan. Inilah keunikan Terengganu,” katanya ketika Sidang Media Majlis Peluncuran TIBW 2025 yang berlangsung di Ace Café Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Turut hadir, Tengku Sri Temenggung Raja Terengganu, Dato’ Seri Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Razali berkata, selain persembahan pentas, acara lain seperti ‘stunt show’, ‘slow race’, ‘auto show’, persembahan ‘Brass Band’, jualan usahawan tempatan serta kehadiran lebih 40 kelab permotoran dari dalam dan luar negara bakal memeriahkan lagi festival itu.

‘Dengan tema ‘Maghi Awal, Balik Lambat’, penganjur menyasarkan lebih 150,000 pengunjung, satu lonjakan besar berbanding kehadiran 10,000 orang pada edisi 2024.

‘Orang ramai boleh mengikuti info terkini TIBW 2025 melalui saluran rasmi media sosial Beautiful Terengganu Malaysia dan Terengganu Bike Week,” ujarnya.