Home Berita PAS Selangor

Artikel boikot produk Yahudi Israel – TPJ 3 PAS Selangor

527
SHARE

Ruangan Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor Prof Madya Dr Fuad Salleh | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Prof Madya Dr Mohd Fuad Mohd Salleh

Timbalan Pesuruhjaya 3 PAS Selangor

KENAPA KITA PERLU BOIKOT BARANGAN YANG MENYUMBANG KEAPADA YAHUDI ISRAEL?

Jika ingin boikot produk Yahu-di Isra-el, pastikan anda guna cara yang betul dan berkesan, untuk anda, keluarga dan masyarakat.

Dengan ketegangan yang meningkat di Tebing Barat dan Baitul Maqdis, di antara Isra-el dan HAMAS serta Palestin, memang wajar untuk kita semua berfikir cara untuk membantu mereka yang memerlukan di sana.

Selain daripada memberi sumbangan kewangan, kita boleh juga menyumbang dengan cara memboikot barangan dan perkhidmatan yang berkait rapat dengan Yahu-di Isra-el.

Kenapa?

Kerana kita tak mahu terlibat sama membantu Yahu-di Isra-el secara tidak langsung dalam tindakan mereka memerangi penduduk Gaza dan Palestin. Kita tidak mahu nanti kita dipersoalkan di hadapan Allah SWT kerana tidak berusaha menghalang Yahu-di Isra-el daripada menyeksa dan membunuh rakyat Gaza dan Palestin.

Oleh kerana itu memboikot barangan atau perkhidmatan yang jelas bersekongkol dengan Yahu-di Isra-el merupakan salah satu usaha kecil kita untuk menunjukkan rasa benci kita kepada keganasan Yahu-di Isra-el tersebut.

Persoalannya ialah kita tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai produk yang ada kaitan dengan Yahu-di dan bukti kukuh yang syarikat-syarikat yang mengeluarkan produk berkenaan memang menyumbang kepada Yahu-di Isra-el.

Jadi apakah cara atau kaedah yang boleh kita guna untuk melakukan boikot ini? Saya sediakan panduan ini untuk pertimbangan anda :

1. Mengapa boikot (tujuan boikot)
2. Produk/perkhidmatan apa yang mahu di boikot
3. Bagaimana cara memboikot

4. Bila masa terbaik memboikot

1. Mengapa perlu boikot ?

Sudah jelas kita mahu memboikot untuk memberi signal bahawa kita benci dengan apa yang Yahu-di Isra-el sedang lakukan ke atas penduduk Gaza dan Baitul Maqdis. Yahu-di Isra-el perlu menghentikan apa yang sedang mereka lakukan sekarang.

2. Produk/perkhidmatan apa yang mahu di boikot ?
a. Produk yang jelas membantu Yahu-di Isra-el dan sekutunya.

b. Produk hanya pilihan, bukan keperluan.

3. Bagaimana cara memboikot ?

Pilih produk berulang iaitu yang kerap digunakan (produk makanan, kecantikan, kesihatan dan kegunaan harian). Produk yang kerap diguna akan lebih mendatangkan impak dalam usaha pemboikotan. Jangan pilih produk sekali beli seperti peralatan computer, handphone, TV dan seumpamanya kerana ramai yang telah membeli produk-produk ini. Yang belum beli boleh beralih ke jenama lain.

4. Bila masa terbaik memboikot ?

Sekarang! Sebab apa? Suasana sedang hangat dan dunia sedang tertumpu kepada konflik di Palestin dan Semenanjung Gaza menjadikan kempen memboikot akan lebih mudah mendapat sambutan dan sudah tentu kesannya akan lebih mendalam. Jika ada 10 juta rakyat Malaysia memboikot produk berkaitan Yahu-di bernilai RM100 sebulan, kemudian kita sebarkan usaha ini ke serata dunia dan disambut oleh masyarakt dunia yang lain, saya yakin Yahu-di akan terkesan.

Sejauh mana kesannya? Kita serah kepada Allah. Yang penting kita berusaha bersungguh-sungguh dan berkekalan, bukan hangat-hangat tahi ayam.

Masalah besarnya ialah item no 2 kerana kita tidak mempunyai banyak dan cukup maklumat mengenai syarikat yang membantu Yahu-di Isra-el. Jadi bagaimana kita mahu mebuat keputusan yang betul ? Islam telah menunjukkan jalan penyelesaiannya.

Dalam Islam kita diajar untuk mengambil yang jelas nyata dan meninggalkan perkara yang samar-samar. Ia jelas dinyatakan dalam Hadith Nabi SAW :

“Dari Abu Abdillah Nu’man bin Basyir radhiallahuanhu dia berkata, Saya mendengar Rasulullah Shallallahu`alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhah bererti dia telah menyelamatkan agamanya dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dari Abu Muhammad Hasan bin Ali bin Abi Thalib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannnya radhiyallahu anhuma, dia berkata, “Aku hafal (sebuah Hadith) dari Rasulullah SAW: “Tinggalkan yang meragukanmu lalu ambillah yang tidak meragukanmu.” (HR Tirmidzi, An-Nasa’i. Tirmidzi mengatakan bahwa Hadith ini hasan dan shahih).”

Begitu juga ada kaedah Fiqh yang menyebutkan secara asas mengenai perkara yang meragukan. Antara kaedah Fiqh yang masyhur serta membantu dalam proses pengeluaran sesuatu hukum adalah “Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak (keraguan).” Kaedah ini merupakan salah satu kaedah yang penting di dalam ilmu Fiqh.

Hadith dan kaedah Fiqh ini boleh membantu kita untuk membuat keputusan memboikot atau tidak memboikot.

“Betul ke McD menyumbang kepada Yahu-di Israel ?”

Maknanya anda meragui kebenaran McD menyumbang kepada Israel dan anda lebih lebih yakin McD tidak menyumbang kepada yahudi Israel. Maka teruskan menyokong McD. Anda akan terus menyokong McD hingga ada bukti jelas McD menyokong Yahudi Israel kerana keyakinan tidak boleh dihilangkan oleh keraguan.

“Betul la McD Malaysia tak sokong Israel tapi McD Malaysia perlu bayar yuran francais kepada McD ibupejabat yang menyumbang ke Yahudi Israel.”

Maknanya anda meragui penafian McD tidak menyokong Isra-el. Anda Lebih yakin McD memang menyumbang kepada Yahu-di Isra-el.

Maka teruskan boikot McD kerana ia bersesuain dengan maksud Hadith “Tinggalkan yang meragukanmu lalu ambillah yang tidak meragukanmu.”

“Pemilik STARBUCK adalah Yahu-di walau STARBUCK menafikan terlibat dengan mana-mana gerakan Yahu-di, Yahu-di tetap Yahu-di.”

Maknanya anda meyakini STARBUCK memang ada kaitan dengan Yahu-di dan anda yakin Yahu-di akan tetap membantu Yahu-di.

Maka teruskan boikot STARBUCK (saya memang tak pernah jejakkan kaki di STARBUCK dan saya melarang anak-anak saya membeli produk STARBUCK kerana mahal dan tak matipun jika tidak ke STARBUCK. Sama juga tindakan saya memboikot semua produk Old Town).

“Betul pemilik STARBUCK adalah Yahu-di dan STARBUCK telah menafikan terlibat dengan mana-mana gerakan Yahu-di. Ada juga Yahu-di yang tak setuju dengan tindakan Zion1s Yahu-di.”

Ini menunjukkan anda meyakini STARBUCK memang tidak ada kaitan menyokong Zion1s Yahu-di dan anda yakin STARBUCK tidak membantu Yahu-di. Maka anda boleh teruskan menikmati kopi di STARBUCK.

Empat situasi ini sekadar contoh untuk menentukan keputusan anda. Ini yang saya sebutkan kita perlu bijak membuat keputusan memboikot sesuatu produk.

Kaedah inilah yang saya gunakan dalam membuat keputusan-keptusan penting dalam kerja seharian saya kerana Hadith dan kaedah dan usul Fiqh wujud untuk membantu dan memandu kita dalam melaksanakan kerja seharian. Yang penting ialah kita tidak mengeluarkan hukum Halal atau Haram membeli atau tidak membeli di McD atau STARBUCK. Yang boleh mengeluarkan hukum Halal atau Haram adalah para Mufti. Kita hanya bertindak berhati-hati berdasarkan maklumat dan pengetahuan serta kefahaman yang kita ada.

Ada beberapa hikmah yang boleh kita ambil dari Hadith-hadith dan kaedah Fiqh di atas. Antaranya adalah:

1. Tinggalkan yang meragukan.

Dua Hadith di atas mengajar kita bahawa kadangkala manusia boleh merasa ragu-ragu. Namun begitu, untuk setiap keraguan pasti ada rasa yakin di baliknya. Kerana itu, diketika rasa ragu muncul, adalah lebih baik jika keraguan tersebut ditinggalkan dan kita hanya mengambil atau melakukan sesuatu yang kita yakini sahaja. Kita bukan yakin membuta tuli atau ragu membuta tuli, perlu ada asasnya.

Meninggalkan sesuatu yang meragukan adalah satu usaha untuk meninggalkan perkara syubhah dan mengambil yang halal. Kerana syubhah adalah setiap hal yang membuat seseorang merasa ragu atas status kehalalannya. Sedangkan yang halal adalah setiap hal yang membuat seseorang merasa tenang ketika melakukannya. (Saya tidak bermaksud mengeluarkan hukum halal atau haram dalam hal ini.)

2. Keyakinan melahirkan ketenangan.

Apabila seseorangan merasa ragu, maka dirinya akan diliputi dengan kerisauan dan rasa serba salah. Mengambil sesuatu yang diyakini akan membuat perasaan menjadi lebih tenang dan rasa serba-salah akan hilang. Tindakan ini boleh diamalkan dalam berbagai aspek kehidupan setiap muslim.

Ketika kita dihadapkan dengan dua pilihan, maka mengambil pilihan yang lebih menenangkan adalah lebih utama. Hal ini juga menunjukkan bahwa Islam sentiasa mahukan kemudahan pada penganutya.

3. Ada banyak hal yang tidak meragukan.

Ulama’ berpendapat bahwa meninggalkan sesuatu yang meragukan adalah termasuk sesuatu yang dituntut kerana ia boleh menghindari perdebatan dan perselisihan. Apalagi jika hal yang diperselisihkan masih belum jelas manfaatnya. Sedangkan kesan dari perselisihan itu pasti dan jelas. Untuk apa kita berdebat mengenai memboikot perkara yang kita belum pasti sedangkan meninggalkan produk berkenaan tidak memberi sebarang kesan dalam kehidupan kita.

Para sahabat Rasulullah SAW terdahulu seperti Saidina Umar, Ibnu Umar, Mu`az Bin Jabal, Ibnu Mas’ud dan ramai lagi menganggap bahwa meninggalkan yang meragukan juga lebih utama. Kerana seringkali manusia memberi tumpuan kepada hal-hal yang meragukan, lalu mengabaikan ribuan pilihan lain yang tidak meragukan. Kenapa kita perlu membuang masa berdebat mengenainya?

Inilah kaedah yang saya guna dan akan terus saya guna hingga ada kaedah lain yang lebih kuat untuk menidakkan kaedah yang saya gunakan sekarang. Moga-moga ia membantu anda menjadi pemboikot yang bijak.

Selamat memboikot.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor