“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
BANGI, 17 Ogos – Kini tenaga kerja sebagai Sukarelawan Pengurusan Jenazah COVID-19 Khidmat Malaysia Negeri Selangor sudah disertai oleh 2 agensi yang bernaung di bawah Dewan Pemuda PAS iaitu Alternative Riding Club (ARC) dan Jabatan Amal Malaysia (JAM).
Sebelum ini anggota JAM yang bertugas dalam pengurusan jenazah COVID-19 tersebut, dikatakan perlu mengurus lebih 10 jenazah per hari. Dengan gandingan ARC, mungkin perjalanan tugas tersebut menjadi lebih mudah.
Semoga para sukarelawan yang berbakti memudahkan dan meringankan bebanan tugas frontliners negara ini diberi perlindungan dan kesihatan oleh Allah SWT, dan juga semoga kerjasama ini diteruskan dengan istiqamah demi perpaduan ummah.
“Kukuhkan perpaduan ummah, Jatuhkan Covid”
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor