Home Artikel PAS Perak

ARC Perak | Ramadan Menjalin Ukhuwah

106 views
SHARE

Kubu Gajah 26 Mei 2018 : Hari ini ahli ARC Perak bersama-sama dengan ADUN Gunong Semanggol YB Haji Razman Zakaria memasak bubur lambuk dalam program edaran bubur lambuk di bazar ramadan yg dirancang oleh PAS DUN Gunong Semanggol.

Program tersebut dibatalkan memandangkan perancangan Allah lebih baik dimana kawasan sekitarnya dilimpahi hujan rahmat hingga ke malam hari .

Program diteruskan dengan Mesyuarat ARC Perak yang di pengerusikan oleh Pengarah ARC Perak Tuan Roslan Bin Talib atau lebih disantai di panggil dengan gelaran Pak Su Lan.

Acara kami diteruskan dengan program ziarah Mantan ADUN Gunong Semanggol iaitu Ustaz Zawawi Hassan dirumah beliau.

Alhamdulillah, beliau dalam keadaan stabil dan diharap kepada semua sahabat turut berdoa akan kesembuhan Ustaz Zawawi Hassan ( Mantan ADUN Gunong Semanggol ) diatas musibah yg menimpa beliau beberapa bulan yang lalu.

Kami juga sempat berbuka puasa bersama-sama dan dikuti solat maghrib berjemaah. Ini yang diterapkan kepada setiap ahli ARC supaya sentiasa menjaga hubungan dengan Maha Pencipta walau dimana kita berada.

Alhamdulillah, program selesai jam 8.00 malam.
Indahnya nikmat ukhuwah walaupun dalam bilangan yang sedikit.