Home Artikel PAS Perak

ARC Perak Meriahkan Jamuan Aidilfitri PAS Kawasan Tambun

98 views
SHARE

AHAD 8 Julai 2018 – ARC Perak tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam pelbagai program PAS sekitar negeri Perak yang dianjurkan hampir setiap minggu.

Kali ini ARC Perak hampir 40 org ahli dengan pelbagai jenis jentera motosikal berkumpul bagi memeriahkan lagi Majlis Sambutan Aidilfitri PAS Kawasan Tambun.

Turut hadir mantan calon PRU14 bagi parlimen KAMPAR iaitu Saudara Yougan Mahalingam yang menerima penyerahan Keahlian ARC pada majlis berkenaan sebagai gimik menyokong penuh program kebajikan yang dilaksanakan oleh ARC.

Orang ramai yang hadir juga tidak melepaskan peluang untuk melihat lebih dekat lagi pelbagai motosikal yang dibawa oleh ahli ARC.

YDP PAS Kawasan Tambun, Ustaz Salleh Said dan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun turut tidak melepaskan peluang untuk merasai sendiri menunggang motosikal Ducati Diavel.

Acara pada hari tersebut diteruskan dengan aktiviti ‘ride’ ke Cameron Highland dan berkelah di Lata Kuala Woh.