Home Berita PAS Perak

ARC Malaysia Mengucapkan Selamat Tahun Baru 2019

1210
SHARE

SELAMAT TAHUN BARU 2019 MASEHI
.
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ.
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ.
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ.
.

*ARC MALAYSIA* MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2019 MASEHI KEPADA SEMUA AHLI ARC, SAHABAT-SAHABAT PENUNGGANG & PEMINAT DUNIA PERMOTORAN SERTA SEMUA RAKYAT NEGARA TERCINTA MALAYSIA.
.
DENGAN IZIN SERTA NIAT KERANA ALLAH S.W.T DAN RASULULLAH S.A.W, WALAUPUN TAHUN BARU ISLAM ADALAH BERMULA PADA 1 MUHARRAM, TETAPI DALAM NEGARA KITA INI, 1 JANUARI TELAH MENJADI TRADISI KEPADA PERTUKARAN KELENDAR TAHUNAN SECARA UMUM PADA SETIAP TAHUN.
.
Justeru, dalam kita menyambut Tahun Baru dan mengharungi hari-hari mendatang, marilah sama-sama kita mengubah ke arah yang lebih baik.
Bagi seorang Muslim tentulah perlu mendalami ilmu berkaitan agama Islam. Bagi yang bukan Muslim (bukan Islam) belajarlah mengenali dan memahami apa itu Islam dari sumber-sumber yang betul.
.
Kepada saudara-saudara seagama kami, hadirkanlah diri ke masjid dan kelas-kelas pengajian agama untuk belajar tentang solat, berzikir, bersolat dan berdoa serta bermunajat agar tahun baru yang mendatang ini lebih diberkati dan juga sebagai titik perubahan buat kita ke arah yang lebih baik.
.
Elakkan sama sekali aktiviti-aktiviti yang membazirkan masa, maksiat dan juga meniru cara orang-orang yang lalai ketika menyambut tahun baru mahupun pada hari-hari seterusnya.
Ingatlah bahawasanya waktu yang kita miliki ini amat terhad dan terbatas.
Marilah kita isikannya dengan perkara-perkara dan perbuatan-perbuatan yang akan dipahalakan oleh Allah SWT dalam mizan hasanat kita kelak.
.
Ingatlah juga firman Allah SWT:

يَوۡمَ لَا يَنفَعُ مَالٞ وَلَا بَنُونَ .
إِلَّا مَنۡ أَتَى ٱللَّهَ بِقَلۡبٖ سَلِيمٖ .

Maksudnya: “Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun”.
“Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik)”.
(Al-Syu’ara’: 88-89)
.
Kami di *ARC Malaysia* berdoa kepada Allah SWT semoga tahun baru ini dapat memberikan sinar bahagia dan menghilangkan kabus kesusahan dalam kehidupan kita dan seterusnya kita sentiasa beroleh rahmat, taufik, hidayah dan inayah-Nya.
.
اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، وَللهِ الْحَمْدُ
.
_Sekian_,

*WAN AHMAD RIDZUAN WAN HUSSIN*
(Presiden ARC Malaysia)
_Mewakili Seluruh Warga Kerja ARC Malaysia_

#IslamMemimpin
#SejahteraBersamaIslam
#TerusBerjuang
#arcMalaysia
#arcNegeri
#RiadhahUkhuwahDakwah
#WeRide4Charity