Home Artikel PAS Perak

ARC BUKIT GANTANG SUMBANG KURMA UNTUK GURU PASTI

125 views
SHARE

Oleh : Ez

BUKIT GANTANG , 18 Mei : ARC Bukit Gantang mengedarkan bungkusan kurma kepada guru-guru PASTI sempena sambutan bulan Ramadhan Al-Mubarak bermula pada 18 Mei 2018.

Program tersebut membabitkan 16 sekolah PASTI dalam parlimen Bukit Gantang merupakan anjuran bersama ARC Bukit Gantang dan Dewan Pemuda PAS Bukit Gantang.

Turut bersama mengedarkan bungkusan kurma ini ialah Pengarah ARC Perak , Encik Roslan Talib , Pengarah DACS Bukit Gantang , Encik Mohd Zamzuri Mohd Bahari serta ahli ARC Bukit Gantang.

Program ini merupakan salah satu daripada program tanggungjawab sosial ARC kepada guru PASTI amnya dalam mendidik anak-anak PASTI .

ARC Bukit Gantang sentiasa komited terhadap aktiviti yang dapat merapatkan ukhuwah seperti ini, disamping memeriahkan lagi sambutan bulan Ramadhan.