Home Kenyataan Media PAS Johor

Arahan agar pelajar terlibat dalam Program Umno: Bukti tindakan terdesak

1,424 views
SHARE

PAS Johor ,kesal dengan tindakan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor(JPNJ) yang membenarkan para pelajar dijadikan perkakas politik untuk mengekalkan survival UMNO Barisan Nasional”kata Normala Sudirman selaku Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor.

Terkini,arahan surat bertajuk ‘Mohon Pelepasan Murid Bagi Penglibatan Dalam Majlis Perasmian Himpunan Jentera Pemuda Dan Puteri UMNO Barisan Nasional’ adalah bukti betapa terdesaknya UMNO yang menggunakan suatu arahan politik dan mencampuradukkan politik kepartian yang sempit dengan pendidikan anak bangsa.

“Dalam pada yang sama ,guru -guru yang dianggap cenderung menyokong pembangkang walaupun ini merupakan hak warganegara Malaysia di luar waktu rasmi, sering menerima diskriminasi ,dipindahkan sekolah lain ,ditahan kenaikan pangkat ,ditahan kenaikan gaji dan pelbagai tekanan politik bertujuan menyusahkan hidup mereka”,katanya.

Alasan yang biasa mereka gunakan untuk ‘menghalalkan ‘ semua ini berlaku adalah guru tidak dibenarkan berpolitik dan kebenaran mengizinkan guru berpolitik pada hakikatnya pula adalah hanyalah merupakan retorik semata-mata.Sikap ‘double standard’ dan ‘tindakan berpilih’ berlaku dan digunakan bagi guru yang menyokong UMNO Barisan Nasional pula dilayan seperti ‘anak emas’ walaupun segelintir mereka didapati cuai dalam tugas mendidik anak bangsa di sekolah semata-mata fokus kepada tugas parti di dalam sekolah.

“Dalam hal ini,agak mengejutkan apabila terkini ,pelajar diarah hadir untuk menjayakan program parti sedangkan ramai lagi Puteri & Pemuda UMNO yang bukan terdiri daripada Pelajar sekolah boleh dipanggil untuk menjayakan program ini”tegasnya lagi.

Manakala di Muar pula,pelajar sekolah tingkatan 4 dan 5 di seluruh daerah Muar pula diarahkan hadir ke Program Lawatan Perdana Menteri ke IKTBN , Parlimen Pagoh bagi menjayakan program politik UMNO Barisan Nasional.Buktinya,Pelajar diadakan memakai T-shirt warna biru sebagaimana dalam surat arahan yang merupakan lambang rasmi UMNO Barisan Nasional ” katanya lagi.

Guru -guru pula diarahkan secara ‘paksarela’ untuk terlibat untuk menjadi guru pengiring dan menjaga keselamatan pelajar walaupun tarikh hari Sabtu adalah merupakan cuti hujung minggu untuk guru berehat bersama keluarga dan anak-anak masing-masing.

Inilah realiti sebahagian beban tugas guru di samping banyak lagi kerja -kerja perkeranian yang lain perlu dilakukan oleh seorang guru.

Tindakan ini menyebabkan tugas asas guru untuk mendidik pelajar semakin terabai ditambah pula dengan campurtangan politik dari parti pemerintah semakin melampau mutaakhir ini.

Selepas ini PAS Johor optimis dan percaya Umno Barisan Nasional akan terus bermaharajalela memperalatkan guru dan pelajar menjelang PRU 14 yang semakin hampir demi mengelakkan survival UMNO Barisan Nasional.

Walaupun khabarnya ada ura-ura surat arahan agar pelajar dan guru menghadiri program parti UMNO ditarik balik setelah mendapat bantahan ,Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor berharap kejadian seperti ini dihentikan sama sekali dan jangan berulang kembali.

“Justeru ,Lajnah Pendidikan PAS Negeri Johor akan mengunjungi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor dalam waktu terdekat untuk menghantar memorandum bantahan dan mendapat pencerahan berkaitan kes ini “tegasnya lagi.