Home Berita PAS Perak

Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kolej Vokasional | YB Razman Zakaria

1055
SHARE

BAGAN SERAI, 28/09/2020

Di antara matlamat penubuhan kolej vokasional adalah untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam memenuhi pasaran kerja khususnya di Malaysia.

Namun dalam mencapai matlamat ini, info dan kefahaman berkenaan kolej vokasional itu sendiri haruslah diketengahkan kepada masyarakat agar ianya menjadi satu tumpuan atau sesuatu yang sangat bagus khususnya kepada para pelajar.

Menyelami permasalahan ini maka pihak Kolej Vokasional Kerian telah mengadakan satu program taklimat “Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Kolej Vokasional” dengan menjemput seluruh penolong kanan dari sekolah-sekolah dalam daerah Kerian.

Sementara itu YB Tuan Haji Razman Zakaria pula telah dijemput untuk menjayakan program dengan merasmikan majlis yang diadakan pada pagi ini.

Beliau yang juga Pengerusi Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak dalam ucapan perasmiannya menitikberatkan agar kemahiran yang ada pada para pelajar dipertingkatkan sehingga mencapai kepada berkemahiran tinggi.

Ini kerana menurutnya kemahiran yang ditawarkan di kolej vokasional merupakan permintaan yang tinggi dalam pelbagai industri di Malaysia.

Selain itu juga, pelajar dari kolej vokasional dilihat lebih mudah membawa diri dalam arus industri kerana mereka lebih praktikal.

Selepas taklimat daripada pengarah Kolej Vokasional Kerian Tuan Haji Abdul Rashid bin Ahmad dan perasmian dari YB, tetamu dibawa melawat fasiliti atau kemudahan pembelajaran yang terdapat di kolej tersebut antaranya bengkel kimpalan dan bengkel pemesinan berkomputer.

Menurut urusetia majlis, kemudahan pembelajaran yang terdapat di kolej vokasional Kerian adalah berada di tahap yang tinggi dari sudutnya kerana dibekalkan dengan mesin dan teknologi yang lebih baik berbanding kolej yang sama di tempat lain. Turut hadir wakil dari pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

Image may contain: one or more people and people standingImage may contain: 4 people, people standing and indoor