Nadi Selangor by Roslan SMS | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
Oleh : Roslan Shahir Dato Mohd Shahir
Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor
Ketika bekas PM Datuk Seri Najib didakwa di mahkamah sejurus selepas PH memerintah dahulu, media perdana dan hampir seluruh media alternatif dan media sosial terutama yang pro PH melimpahkan liputan menyeluruh.
Terbit pelbagai ulasan dan analisa seolah Najib ketika itu telah dituduh dan didakwa malah didapati bersalah oleh media sedangkan perbicaraan baru diperingkat awal.
Demikianlah gelagat PH ketika berkuasa.
Anehnya hari ini apabila mahkamah mendengar kes rasuah melibatkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak pula mendapat liputan meluas sebagaimana zaman PH dulu.
Dalam akhbar The Star hari ini dilaporkan semasa di mahkamah semalam beberapa pertukaran mesej WhatsApp antara Zarul Ahmad, Pengarah Eksekutif Kanan Consortium Zenith Construction dan seorang ahli perniagaan G.Gnanaraja didedahkan.
Salah satu tuduhan terhadap Guan Eng adalah bahawa beliau telah menggunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang bagi memberi projek bernilai RM6,341,383,702 kepada syarikat Zarul dengan menerima sogokan RM3.3juta.
Berikut mesej dari Zarul ke Gnanaraja pada 18 Ogos 2017 yang didedah di mahkamah:
“Aiyoo sir, PM went to whack my tunnel project n this Tony Pua whack him back”
(Aiyoo Tuan, PM belasah projek terowong saya dan Tony Pua belasah beliau (PM) balik)
Berikut pula pada 20 Ogos 2017:
“CM called me and he look for the soonest time to come over to your house”
(Ketua Menteri hubungi saya dan dia sedang cari masa terdekat untuk berkunjung ke rumah anda)
Dan pada 28 Ogos 2017:
Mahkamah diberitahu Zarul sedang mengatur kunjungan Guan Eng ke rumah Gnanaraja (perhatikan waktunya).
“Sir Im waiting for him near Tropicana. His function is still on”
(Tuan saya masih menunggunya (Guan Eng) berhampiran Tropicana. Majlis (yang dihadiri Guan Eng) belum selesai.)
Hampir tengah malam Zarul mesej lagi:
“Sir he just texted me. He says one more hour.Are you ok with it sir”
(Tuan dia (Guan Eng) baru text saya. Katanya dalam sejam lagi. Tuan ok tak (dengan waktu) itu )
Dan tepat jam 12.52 am 29 Ogos 2017 Zarul beri mesej:
“We are OTW sir”
(Kami (Zarul dan Guan Eng) sedang dalam perjalanan (ke rumah Gnanaraja))
Jika benar begitu, hebat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana selepas tengah malam iaitu hampir ke jam 1 pagi masih berkunjung ke rumah seorang ahli perniagaan ditemani Pengarah Syarikat yang berjaya dapat kontrak terowong di Pulau Pinang.
Perbicaraan masih berjalan. Apa pun kita tunggu keputusannya kelak.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor