Home Berita PAS Terengganu

Anwar berjanji lagi!

216
SHARE

KUALA TERENGGANU – Anwar Ibrahim berjanji kerajaan PH-BN akan menyelesaikan isu doktor kontrak dalam masa tiga tahun lagi.

Perdana Menteri itu berkata, kerajaan sedia ada tidak boleh dibebankan dengan masalah berlarutan sejak sekian lama, jus­teru perlu dise­lesaikan da­lam masa terdekat.

“Kalau kerajaan nak selesaikan semuanya sekali bagi 4,000 (lantikan tetap) yang dituntut, maknanya kita perlukan RM10 billion setahun.” kata Presiden PKR itu mengangkap lagi janji.

Sementara itu, Kaji Selidik Tinjauan Rakyat Malaysia 100 Hari Pentadbiran Kerajaan Anwar bagi Disember 2022 hingga Februari 2023 menunjukkan prestasi yang tidak baik.

Daripada lebih 35,000 responden, 39 peratus melihat situasi ekonomi negara bertambah buruk, 38 peratus mengatakan bertambah baik dan 23 peratus responden lagi menganggap tiada perubahan.

Kaji selidik sama turut menunjukkan, orang Melayu di Semenanjung Malaysia paling ramai mengatakan ekonomi negara bertambah buruk, iaitu sebanyak 53 peratus.

Sebanyak 22 peratus pula berpendapat ekonomi bertambah baik dan 25 peratus melihat ekonomi Malaysia tidak berubah.

Sebelum menjadi Perdana Menteri dan membentuk kerajaan, pelbagai janji yang dilontar oleh Anwar dan PKR, sehingga kini belum di tepati.

Anwar Ibrahim, pada 17 Julai 2022, mengulangi janji untuk menurunkan harga minyak petrol sehari selepas dia memegang tampuk kuasa.

“Sekarang kalau kita berjaya kali ini, janji kita pada rakyat, jika kita berjaya, kita akan tunaikan sepenuhnya kepada rakyat.

“Kita menang hari ini, harga minyak jatuh esok.

“Saya (sebelum ini) bukan PM, macam mana boleh buat. Harga minyak tak boleh diturunkan kerana kerajaan fikir cara menyelamatkan orang di atas, dan kita fikir cara menyelematkan orang di bawah,” katanya pada sidang media selepas tamat Kongres Nasional PKR.

Sebaliknya, setelah menjadi PM, pelbagai alasan dikemukakan, menolak untuk menunaikan segala janji yang pernah diucapkan.

Antaranya tentang harga minyak, kerajaan tidak berhasrat untuk menurunkan had harga siling petrol semasa kerana harga minyak mentah dunia masih menunjukkan trend tidak stabil berikutan ketidaktentuan ekonomi global yang berterusan.

“Bagaimanapun, bagi mengimbangi tanggungan subsidi dengan keperluan untuk terus memelihara kebajikan serta kesejahteraan rakyat, kerajaan sedang menerokai langkah menambah baik pemberian subsidi secara lebih bersasar.

“Ini bertujuan mengurangkan ketirisan subsidi dalam masa sama supaya penjimatan subsidi dapat diguna bagi mengoptimumkan perbelanjaan kepada program dan projek yang memberi nilai tambah kepada ekonomi negara,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, pada 6 Mac lalu.