SETIU -Anugerah Guru Istiqomah PASTI Malaysia 2024 adalah hadiah Allah untuk merawat dukanya setelah suami tercinta yang menjadi pendorong dan pencetus semangat kembali ke rahmatullah.
Penerimanya, Cikgu Suzana Jaafar, 55 menceritakan kematian suami bulan April, 2024 menjadikannya hilang semangat namun beliau cuba memujuk hatinya bahawa pergantungan hidup hanya kepada Allah bukan sesama manusia.
“Ketika dalam edah, saya telah dihubungi Ketua Majlis Guru PASTI (MGP) Kawasan Setiu meminta biodata saya, dalam tempoh 36 tahun mengajar, pernah berhenti seketika atau tidak, tetapi saya tidak pula bertanya kenapa,
” Dalam selepas itu saya dihubungi Setiausaha Kerja PASTI Negeri, memaklumkan saya menerima Anugerah
Guru Lama Berkhidmat PASTI Terengganu sempena Sambutan Hari Guru Sektor Pendidikan Dewan Pemuda PAS Malaysia yang diadakan di Shah Alam,
” perasaan saya masa tu, tidak berasa apa – apa kerana masih bersedih, anak saya yang juga seorang guru PASTI telah mewakili saya untuk penerima anugerah tersebut , ” ujarnya yang mula menjadi tenaga pengajar sejak tahunan 1987.
Beliau yang dihubungi di rumahnya di Wakaf Tengah dekat sini semalam seterusnya berkata rupa-rupanya bukan itu sahaja, anugerah yang saya terima, menyusul pula anugerah lain yang lebih besar lagi, sememangnya Allah itu Maha Penyayang, setiap kesedihan itu pasti ada kegembiraan.
“Pada 7 Februari 2025 baru – baru ni, saya telah dibawa ke Kuching, Sarawak tanpa tahu kenapa saya ke sana, tetapi bila hari berlangsungnya Anugerah Prestasi PASTI Malaysia, baru saya tahu, saya menerima Anugerah Guru Istiqomah PASTI Malaysia 2024,” jelas guru PASTI Nurul ‘Ain, Pengkalan Maras, Wakaf Tengah, DUN Batu Rakit.
Cikgu Suzana yang juga Ketua Muslimat PAS Cawangan Wakaf Tengah bersyukur Allah sentiasa mengurniakan kesabaran di dalam beliau melalui ujian dan cabaran dengan sebaiknya sebagai seorang guru dan anggota masyarakat.
” Dengan menganggap kalau kita tidak lalui sekarang mungkin di masa akan datang kita akan lalui juga akhirnya dan tidak mengambil kira tohmahan masyarakat, kerana kita ada Allah tempat mengadu,” ujarnya.