Home Artikel PAS Selangor

Antara Intipati Penting Titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri

281
SHARE

Oleh : Zurk Ahmad

  1. Setelah memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-Raja Melayu dan melihat situasi yang sedang dihadapi oleh negara, Al-Sultan Abdullah merasakan
    Kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak ini dengan baik dan berkesan.

Seri Paduka Baginda amat mempercayai keupayaan Kerajaan di bawah pimpinan YAB Perdana Menteri untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung gejala wabak COVID-19 ini dari terus merebak.

  1. Kendatipun begitu, Seri Paduka Baginda ingin mengingatkan ahli-ahli politik untuk memberhentikan segera segala politicking yang boleh menggangu kestabilan pemerintahan negara.

Al-Sultan Abdullah turut berpendapat bahawa tiada perlunya Ahli-ahli Parlimen meneruskan tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh mengganggu gugat kestabilan Kerajaan sedia ada.

  1. Seri Paduka Baginda menegaskan bahawa Belanjawan Negara 2021 yang akan dibentangkan di sidang Parlimen adalah amat penting kepada rakyat di dalam menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara. Justeru, peruntukan kewangan amat diperlukan oleh petugas barisan hadapan bagi melancarkan tugas dan tanggungjawab mereka.

…………………………………………………

Baginda menolak permohonan Darurat tetapi dalam masa yang sama memohon semua pihak menyokong usaha kerajaan sekarang untuk sama-sama menangani wabak COVID-19.

DAULAT TUANKU!

Zurk Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

8 Rabi’ul Awal 1442H | 25 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#ResetMalaysia
#KekalTenang
#DaulatTuanku
#MalaysiaSejahtera