Home Artikel PAS Perak

Anggota Amal Bantu Bomba Temui Lelaki Hilang Di Kg. Relang

723
SHARE

ANGGOTA AMAL BANTU BOMBA TEMUI LELAKI HILANG DI KG. RELANG

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin


BATU KURAU, 17 Mei 2017: Seorang penoreh getah yang hilang Sabtu lepas ketika keluar menoreh di ladang Kampung Relang di sini telah dijumpai pagi ini oleh anggota Jabatan Amal Malaysia.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kamunting Mohd Taufiq Abd Sattar sebelum ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai Zainal Omar berusia lingkungan 50-an, keluar dari rumahnya di kampung itu kira-kira pukul 8 pagi pada hari sabtu 14 Mei 2017 dan dimaklumkan hilang pada keesokannya harinya.

Menurut beliau mangsa tidak pulang ke rumah sejak Sabtu lepas dan usaha mencari tidak menemuinya setelah usaha dilakukan selama 2 hari.

Difahamkan sepasukan anggota bomba, polis dan penduduk kampung telah melakukan operasi mencari dan menyelamat termasuk menggunakan anjing pengesan sehinggalah mangsa ditemui oleh sepasukan sokongan sukarelawan dari AMAL Negeri Perak pagi tadi.

Menurut ketua pasukan misi mencari dan menyelamat Jabatan Amal Negeri Perak yang lebih dikenali sebagai Pak Rahim beliau bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat yang mana mangsa sudah masuk hari ketiga hilang.

Beliau yang sebelum ini pernah dilatih dalam Gerak Khas, Angkatan Tentera Malaysia dalam ilmu mencari mangsa hilang dengan penuh rasa tanggungjawab terus bergegas ke sana seawal pagi tadi untuk mencari mangsa sehingga mangsa ditemui pasukannya kira-kira jam 10.10 pagi tadi.

Menurut Mohd Nazree Mohd Aris Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, “Jabatan Amal Malaysia adalah sebuah unit kepanduan dibawah DPPM yang sentiasa membantu agensi kerajaan seperti Bomba, APM dan Polis dalam misi kebajikan dan penyelamat”. Tambah beliau “kita ada anggota yang berkemahiran dan sedia membantu sebagai pasukan sokongan kepada agensi penyelamat kerajaan”.

Ketua operasi AMAL kawasan Larut, Tuan Muhamat Mahayudin Osman memaklumkan anggota AMAL yang menjumpai mangsa hilang adalah tersebut ialah Muhammad Hidayat bin Aris Hidzri dan Mohd Kahar Shamsudin Tahir, kedua-duanya dari Jabatan Amal Kawasan Larut.

 

{jathumbnail off}