Oleh : Zukri Bin Ahmad
Dek kerana terlalu sibuk atau buat-buat sibuk kadang-kadang kita tiada masa untuk diri sendiri kemudian angin tekanan mula menyapa.
Siapa pernah rasa seperti ini?
Sebenarnya sesibuk manapun kita perlu juga ada masa untuk diri sendiri.
“Masa untuk diri” banyak saya dapat semasa memandu. Biasanya semasa pergi atau pulang ke tempat kerja tetapi lebih banyak ketika memandu ke program jamaah. Lebih-lebih lagi jika program yang jaraknya jauh dari rumah.
Apa yang saya buat?
Pertama menyanyi hiburkan diri sendiri walaupun sememangnya sumbang tapi dengan cara tersebut saya dapat rasa sayalah orang yang paling hebat! Haha. Hilang lah sedikit rasa tekanan tu. Cubalah buat menyanyi kuat-kuat. Pedulikan abam lori yang jeling-jeling masa kat lampu isyarat tu.
Keduanya kenang momen indah bersama orang tersayang. Ini juga boleh membantu diri saya dan ia memang terapi yang terbaik. Mungkin boleh memberikan idea kepada kita bagaimana untuk “curi” masa luangkan dengan mereka. Tapi jangan pergi jauh sangat kenangan tu takut nanti lagi stress! pulak Haha.
Ketiga dan yang terbaik sudah tentulah dengan zikrullah.
Zikrullah bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah semata-mata. Zikir yang sangat berkesan apabila melibatkan tiga dimensi – lidah (Qauli), hati (Qalbi) dan perlakuan (Fi’li). Bila “sampai” ketiga-tiga dimensi ini, maka akan hadirlah rasa ketenangan yang dicari.
Cubalah.
Maka buatlah pilihan yang bijak tanpa mengatakan pilihan yang lainnya “tidak syarie”.
Zukri Bin Ahmad
Pengarah Pilihanraya
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor
#kamipemudaPAS
#beramalkeranaAllah
#isbiru
#PemudaPAS
#memimpinnegara