“PASTI D’Hati” | Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Kuala Selangor | Perkembangan dibumi Palestin seakan masih tiada kesudahan. Bukan sahaja bangunan, perumahan perlu dibina semula. Keperluan hidup seperti makanan dan perubatan sangat-sangat diperlukan. Apatah lagi kini Zion1s Isra-el masih cuba untuk menguasai Masjidil Aqsa. Solidariti Ummah masih diperlukan.
Sangat menarik perhatian bila tersebarnya gambar-gambar solidariti dari anak-anak PASTI. Pengarah PASTI Negeri Selangor Us Mohd Faizol Endut ketika dihubungi menyatakan bahawa peringkat PASTI akan teruskan solidariti ini dikalangan anak-anak dan warga PASTI Selangor.
“Perjuangan ini tiada kesudahan. Kita berusaha menanam dalam diri anak-anak murid PASTI agar senantiasa terpahat di hati mereka perjuangan saudara-saudara kita di Palestin. Disamping terus mengingatkan tentang siapa Zion1s dan kejahatan yang mereka lakukan”, ujar beliau lagi.
“Anak-anak PASTI diperingkat usia ini mudah di bentuk agar jiwa mereka kasih pada agama, kasih pada saudara seakidah dan kasih pada perjuangan Islam itu sendiri”, jelas beliau mengakhiri ulasan berhubung solidariti Palestin.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor