Home Kenyataan Media PAS Selangor

Anak Muda Selangor Memberi Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara – Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

264
SHARE

Oleh : Ustaz Hanafi Bin Zulkapli

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor sempena Sidang Majlis Raja-raja Melayu pada hari ini :-

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) menyeru kepada semua pihak untuk terus kekal tenang ekoran polemik darurat yang tersebar di media sosial sehari dua kebelakangan ini serta tidak terpengaruh dengan naratif media PH Plus yang cuba menggambarkan impak buruk darurat yang digembar gemburkan tersebut.
  2. Dalam situasi negara sedang berhadapan dengan gelombang ketiga pandemik COVID-19 sehinggakan semalam (24 Oktober 2020) mencatatkan rekod tertinggi angka positif COVID-19 sehingga mencecah 1000 lebih dan pastinya tumpuan utama yang mesti diberikan ialah kesihatan, keselamatan rakyat dan negara berbanding dengan isu-isu berbaur politik yang menjelikkan seperti yang sedang dilakukan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim dan lain-lain.
  3. Jika wajar dikuatkuasakan darurat maka pastinya ia “darurat politik” bagi menghentikan atau menangguhkan sebarang isu politik yang boleh merencatkan dan mengganggu apa-apa yang berkaitan kebaikan dan maslahat umum rakyat. Kesan dan PRN Sabah yang kini menjadi salah satu faktor peningkatan angka COVID-19 ini malah terlebih wajar untuk PRU pula ditangguhkan ketika negara masih bergelut.
  4. DPPNS mengkritik PH Plus yang tidak sensitif dengan keluhan rakyat dan bebanan yag dipikul oleh petugas barisan hadapan apabila hanya mendesak untuk diadakan usul undi tidak percaya dan mendakwa kononnya pelaksanaan darurut hanya untuk kerajaan PN mengelak dari mengadakan PRU.
  5. Hari ini akan berlangsungnya Sidang Majlis Raja-raja Melayu selepas Perdana Menteri Tan Sri Hj Muhyiddin Yassin menghadap YDP Agong pada Jumaat lalu bagi membincangkan hasil pertemuan dan cadangan Mesyuarat Khas Kabinet yang dipersembahkan kepada YDP Agong. Segala keputusan yang bakal diputuskan pastinya adalah demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat dan negara.
  6. DPPNS mewakili seluruh anak muda Selangor memberikan kesetiaan dan kepercayaan kepada hasil keputusan yang bakal dibuat dalam Sidang Majlis Raja-raja Melayu pada hari ini berikutan isu yang dinanti-nantikan oleh semua rakyat Malaysia.

Daulat Tuanku!!!

Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

8 Rabi’ul Awwal 1442H | 25 Oktober 2020

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor

#ResetMalaysia
#KekalTenang
#DaulatTuanku
#MalaysiaSejahtera
#LockDownPolitik