Oleh: Siti Nadiah Abdul Mutalib
4 Jun 2023
TAWAU: Anak muda adalah pemimpin negara akan datang, oleh itu mereka perlu ke hadapan dalam isu-isu semasa tanah air dan antarabangsa.
Menurut pendakwah bebas Ustaz Muemin Amin Japar, golongan milenial juga perlu berani ke hadapan dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara dalam pelbagai aspek.
Beliau berkata demikian dalam program Sembang Santai Anak Muda anjuran PAS Tawau, di Restoran Low Cost Taman Sawit Balung, kelmarin.
Program berkala yang berfokuskan kepada perbincangan mengenai kepimpinan di tangan anak muda itu turut menjadi tumpuan dengan aktiviti cabutan bertuah.
Turut hadir dalam program tersebut, Ketua Penerangan PAS Tawau, Satuwo Saidi, Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS kawasan, Suhaeymi Yusril dan Ketua Ameerah kawasan, Marwiyah Osman.