Home Berita PAS Perak

Anak muda mesti bersedia depani cabaran normal baharu

24
SHARE

Anak muda mesti bersedia depani cabaran normal baharu
Oleh : Nazirah Nasir

BERUAS, Dewan Pemuda PAS Kawasan (DPPK) Beruas berjaya menarik penyertaan 50 orang peserta golongan remaja hadir ke program diskusi anak muda dan pandemik di sini kelmarin.

Program pembudayaan ilmu yang dilaksanakan secara dalam talian tersebut adalah bagi mengisi ruang terbaik normal baharu ketika pandemik COVID-19 yang masih berlarutan.

Ketua Urusan Ulamak PAS Kawasan Beruas, Ustaz Syakirin Husain ketika menyampaikan taujihad berkata anak muda mesti sentiasa bersedia dalam mendepani ujian dan cabaran sepanjang tempoh pandemik COVID-19 ketika ini.

“Banyak hikmah yang mungkin kita tidak sedari antaranya ukhuwah silaturrahim dapat dieratkan walaupun kita berjauhan apabila ditemukan secara dalam talian.

“Malah, anak muda boleh berperanan untuk menjadi pemudahcara ahli keluarga dan masyarakat terutamanya berkaitan teknologi,” ujar Ustaz Syakirin.

Sementara itu, Ketua Pemuda DPPK Beruas, Ustaz Sufian Sabri turut mengajak seluruh anak muda khususnya para peserta untuk mempersiap fizikal dan mental dengan sebaiknya melalui pengisian kerohanian berterusan.

Pengisian yang berlangsung selama dua jam itu dipengerusikan Setiausaha Urusan Generasi Millennial Parlimen Beruas, Ustaz Fadzil Abdul Rahim dan turut dihadiri beberapa orang pimpinan DPPK Beruas