Home Berita PAS Terengganu

Anak jati Terengganu juara Muay Thai peringkat nasional

31
SHARE

KEMAMAN – Wan Muhammad Sabri Wan Zuki (Sabri Thai V6), 20 tahun telah menjuarai Kejohanan Terbuka Muaythai Amatur & Pro Melaka baru-baru ini.

Muhammad Sabri berjaya merebut kemenangan Tali Pinggang Yang Amat Berhormat (YAB) Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusof.

Kejuaraan itu diraih setelah beliau berjaya menewaskan Fabian Farhan daripada Indonesia dalam kategori Pro (60kg) yang berlangsung pada 18 hingga 20 Ogos 2023 di Dataran Menara Taming Sari Melaka.

Beliau merupakan anak jati Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemasik yang merupakan atlet kebanggaan di sini.

Selain itu, beliau juga banyak menempa nama dan mengharumkan nama DUN Kemasik sendiri dalam pelbagai kejohanan Muay Thai yang disertainya.

Perjumpaan di Pejabat ADUN Kemasik.

Hari ini, Muaythai Club Visix (Thai V6) Kampung Ranggon Estate Kerteh membuat kunjungan hormat ke Pejabat DUN Kemasik berjumpa ADUN Kemasik, Ir. Saiful Azmi Suhaili bagi meraikan kemenangan adik Sabri dan berbincang untuk perancangan akan datang.

Turut bersama, Pengasas Thai V6, Abang Mokhtar Che Lah dan Pengurus Thai V6, Muhammad Safar Makhtar.

Saiful Azmi melahirkan ucapan tahniah kepada adik Sabri kerana berjaya merangkul gelaran juara di Kejohanan itu.

“Tidak dilupakan juga tahniah buat mereka yang mendokong dibelakang beliau yang banyak berjasa memberi komitmen sehingga kini,” ujarnya.

Wan Muhammad Sabri (Sabri Thai V6), 20 tahun.

Sementara itu, Juara Muay Thai, Sabri bersyukur kerana dapat menghabiskan perlawanan pada malam itu.

“Alhamdulillah dengan usaha saya namun saya perlu berlatih lebih lagi kerana ada perlawanan yang lebih besar menanti selepas ini.

“Pertandingan dalam masa terdekat iaitu perlawanan bertarung dengan Kapten Malaysia, Muhammad Ali Yaakub,” katanya.