Home Berita PAS Terengganu

Amzad Bahas Isu Tenaga Mampan di Parlimen Malaysia

4
SHARE

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pilihan  Alam Sekitar, Sains dan Perladangan, Datuk Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim, hari ini menyertai ASEAN 2nd Tripartite Forum: “Bridging the Gap – Ensuring Affordability, Reliability and Sustainability in Renewable Energy” yang berlangsung di Parlimen Malaysia.

Forum berprestij anjuran bersama ASEAN Inter-Parliamentary Assembly (AIPA), Parlimen Malaysia, dan Economic Research Institute for ASEAN and East Asia (ERIA) itu menghimpunkan ahli-ahli parlimen, pembuat dasar serta pakar tenaga dari seluruh rantau ASEAN bagi membincangkan strategi memperkukuh ketahanan tenaga dan mempercepatkan peralihan kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.

Amzad turut diundang sebagai ahli panel bagi Sesi 2 bertajuk “Climate Crossroads: Accelerating Action Toward Net-Zero Emissions”, yang membincangkan langkah-langkah konkrit ke arah mencapai sasaran pelepasan sifar bersih serta memperkukuh kerjasama serantau dalam agenda tenaga mampan.

Sesi tersebut turut menampilkan beberapa tokoh antarabangsa termasuk Dr. Han Phoumin, Pakar Ekonomi Tenaga Kanan ERIA; Hon. Dr. Xaybandith Rasphone, Naib Presiden Dewan Perniagaan dan Industri Kebangsaan Lao PDR; serta Louis Ng, Felo Kanan Tara Climate Foundation.

Forum tersebut menjadi platform penting bagi memupuk kerjasama antara Parlimen negara-negara ASEAN, sektor industri dan institusi penyelidikan ke arah membina masa depan tenaga yang lebih lestari, berdaya saing dan inklusif di rantau ini.