Home Berita PAS Terengganu

Ameerah Ziarah Keluarga Mangsa Kemalangan Bas Mahasiswa UPSI

14
SHARE

BESUT – Merasai kesedihan mendalam yang ditanggung keluarga mangsa tragedi kemalangan bas mahasiswa UPSI di Gerik, Ameerah Kawasan Besut segera mengatur langkah menziarahi keluarga terlibat.

Ketuanya, Ustazah Amnah Mohamed berkata, pihaknya telah mengunjungi rumah-rumah pelajar terbabit kemalangan itu, di Felda Tenang, Kampung Padang Bual dan Kampung Amer.

“Suasana di setiap rumah yang dikunjungi penuh dengan rasa hiba dan pilu. Ahli keluarga kelihatan masih terkejut dan sukar menerima kehilangan insan tersayang dalam sekelip mata.” ujar beliau

Menurutnya, seorang ibu kepada mangsa di Kampung Amer, Wan Nur Suhaila, tidak mampu menahan sebak ketika berkongsi kisah terakhir bersama anaknya.

“Baru duk suko-suko marin, make sekali. Dok seko jadi gini…” kata Wan Nur Suhaila sambil mengesat air mata.

Ustazah Amnah Mohamed menambah, kehadiran mereka adalah sebagai tanda solidariti dan sokongan moral kepada keluarga yang diuji, serta menyampaikan sedikit sumbangan bagi meringankan beban.

“Kami hadir bukan sekadar menyantuni dengan kata-kata, tetapi membawa doa dan rasa kebersamaan. Moga Allah kuatkan hati mereka yang sedang melalui saat paling sukar dalam hidup,” kara Amnah.

Oleh itu, kata beliau, Ameerah turut merakamkan ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa, khususnya mereka dari Terengganu, dan mendoakan agar roh mereka yang terkorban ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.