Home Berita PAS Wilayah

Ameerah Wangsa Maju santuni asnaf dan wanita muda

106
SHARE

WANGSA MAJU, 09 OKT: Ameerah Kawasan Wangsa Maju yang merupakan gerakan Muslimat Muda PAS telah mengadakan program ziarah menyantuni keluarga asnaf dan wanita muda, di sini semalam.

Pengarah Ameerah Wangsa Maju, Noor Azrina Salleh berkata program ini bertujuan meringankan beban perbelanjaan harian.

“Bakul berisi makanan kering antaranya beras, bihun, gula dan garam yang bernilai RM50,” katanya.

“Penerima merupakan golongan berpendapatan rendah dan benar-benar memerlukan bantuan. Jadi bakul makanan kering ini membantu mereka mengurangkan kos belanja.

“Semoga inisiatif dapat meringankan beban penerima terutama ketika harga barang semakin meningkat dan tidak terkawal,”