Home Berita PAS Pulau Pinang

“Ameerah Charity Ride”~ Sumbangan Kasih Ramadhan PAS Kawasan Permatang Pauh Bukti PAS Permatang Pauh Cakna Masyarakat

595
SHARE

4 Jun 2017 Ahad, Kubang Semang – Ameerah Permatang Pauh dan Jabatan Pilihanraya Muslimat Pas  Kawasan Permatang Pauh telah mengambil inisiatif bijak untuk mendekati masyarakat di sekitar Permatang Pauh dengan menganjurkan “Ameerah Charity Ride”(ACR)~ Sumbangan Kasih Ramadhan Pas Kawasan Permatang Pauh.

Program ini berjaya menggabungkan tenaga muslimat muda Pas  Ameerah Permatang Pauh , Dewan Muslimat Pas Kawasan Permatang Pauh,  Jawatankuasa Pas Kawasan Permatang Pauh , Exco Dewan Pemuda Pas Kawasan Permatang Pauh,  Guru-guru Pasti Permatang Pauh, dan Jabatan Amal Permatang Pauh.

Barisan pimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh santuni orang sakit

Taklimat Program kepada “riders” dan peserta konvoi telah diberikan seawal jam 8.30 pagi bagi memastikan kelancaran “Ameerah Charity Ride” ini. Seterusnya program telah dirasmikan oleh Tn Hj Omar Hassan selaku YDP Pas Kawasan Permatang Pauh. Beliau mengucapkan tahniah kepada ahli jawatankuasa program  di atas kejayaan merealisasikan program yang amat murni ini sebagai bukti PAS amat prihatin kepada permasalahan yang sedang dialami oleh  masyarakat sekarang. Usai perasmian, bacaan doa selamat disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Fawwaz Mohamad Jan . Pada jam 9 pagi, upacara pelepasan “riders” dan peserta konvoi dilakukan dengan penuh semangat dan meriah.

Program ini memberi pengalaman baru kepada  muslimat muda Pas dalam  menyantuni masyarakat marhaen sekaligus menyuntik semangat mereka untuk terus berjuang meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui kesedaran hak-hak sebenar rakyat negara ini.

Pembahagian sumbangan kasih ramadhan ini dilancarkan serentak untuk ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Permatang Pauh iaitu  Dun Seberang Jaya, Dun Permatang Pasir dan Dun Penanti.

Peserta konvoi yang terdiri daripada “riders” motosikal dan  iringan kereta  yang membawa barangan sumbangan dibahagikan kepada tiga kumpulan  mengikut Dun  dan bergerak serentak ke Dun-Dun yang telah ditetapkan. Sebanyak 60 keluarga telah terpilih sebagai penerima  sumbangan dalam ACR pada kali ini. Berpuasa tidak menghalang “riders” untuk  meneruskan konvoi sehingga selesai semua lokasi yang ditentukan.

Penerima sumbangan dilihat gembira dengan kehadiran rombongan konvoi ARC  dan menyatakan terima kasih dan terharu di atas sumbangan yang telah disampaikan. Kandungan sumbangan barangan yang telah diberikan ialah sekampit beras, barangan dapur dan sedikit wang tunai.

Program seperti ini amat bertepatan dengan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya  memberikan kegembiraan kepada golongan yang memerlukan serta mengamalkan konsep berkongsi rezeki sesama insan.

Ketua Dewan Muslimat Pas Kawasan Permatang Pauh~ Ustazah Norhafiza Saad ,  Pengarah Jabatan Pilihanraya Muslimat Pas Kawasan Permatang Pauh ~Pn.Suraya Saat, dan  Ketua Ameerah Permatang Pauh ~ Pn Musfirah Mokhtar yang turut turun padang hari ini, mengucapkan jutaan terima kasih kepada para amilin PAS yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ACR ini.  Tidak dilupakan kepada penyumbang- penyumbang budiman ACR yang  tidak teragak- agak untuk berkongsi rezeki bersama insan yang memerlukan dan seterusnya memberikan sinar kegembiraan kepada penerima sumbangan.

{jathumbnail off}