Home Berita PAS Perak

Ameerah Beruas kunjungi PPV, hargai ‘Frontliners’

453
SHARE

Oleh : Fatin Atikah Azhari

BERUAS, Sebanyak 100 set roti dan air diedarkan kepada ‘frontliners’ yang terdiri daripada anggota RELA, sukarelawan dan pegawai-pegawai kesihatan serta orang awam sebagai tanda penghargaan.

Timbalan Ketua Muslimat Pas Kawasan Beruas, Ustazah Naeimah Muhamad berkaita demikian ketika mengetuai rombongan mengunjungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Daerah Manjung di Dewan Inderawati, Beruas di sini baru-baru ini.

Rombongan Ameerah Beruas bersama Lajnah Kebajikan Dewan Muslimat Pas Kawasan Beruas berkesempatan menyantuni dan beramah mesra disamping meninjau proses vaksinasi dilaksanakan.

“Kami sangat berterima kasih di atas komitmen dan pengorbanan semua ‘frontliners’ yang bertungkus lumus memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjalan lancar.

“Apa yang penting adalah setiap rakyat mendapatkan suntikan vaksin mengikut jadual agar imuniti kelompok dapat dicapai mengikut sasaran atau lebih cepat,” ujar beliau lagi.

Sementara itu, Ketua Ameerah Muslimat PAS Kawasan Beruas, Nazirah Abdul Nasir menyarankan agar masyarakat mengurangkan aktiviti diluar dan menjaga kebersihan kendiri bagi mengekang penularan Covid-19.

Katanya lagi memandangkan kes di parlimen Beruas semakin meningkat, masyarakat keseluruhannya mestilah saling bertanggungjawab untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Turut bersama dalam kunjungan tersebut, pimpinan Dewan Muslimat PAS Kawasan Beruas dan penggerak utama Ameerah Beruas.