Home Berita PAS Pahang

Ambuyat vs bunga kantan

122
SHARE

Oleh : HABSAH ALI

BENTONG, 16 Jul ♦ Rombongan Dewan Muslimat PAS Kawasan (DMPK) Bentong berpeluang menikmati hidangan kebangsaan di Brunei yang dikenali sebagai Ambuyat.

“Pengalaman kami yang berharga berada di Brunei ini adalah menikmati juadah makanan yang berbeza ditempat kita,” kata Ketua Muslimat DMPK Bentong, Yusma Yusof yang turut sama dalam rombongan ke Miri Sarawak dan Brunei baru-baru ini.

Hidangan tersebut dihidangkan semasa mereka menziarahi ahli keluarga ketua rombongan mereka yang juga sebagai Ketua Lajnah Ekonomi DMPK, Suryati Mansor.

Hidangan yang diperbuat daripada sagu rumbia itu amat terkenal di Sabah, Labuan, Sarawak serta Brunei.

“Saya sangat teruja bertemu dengan orang Malaysia, terutama dapat bersua kembali dengan adik saya yang terpisah sekian lama”, ujar Norizan Mansor yang semasa kecil nya pernah membesar di Felda Lurah Bilut Bentong.

Sebagai tanda terima kasih diatas hidangan tersebut, DMPK telah memberi buah tangan iaitu sambal garing bunga kantan yang dimasak sendiri oleh Yusma Yusof.

“Bagi orang dulu-dulu, sambal ini memang antara penyedap makanan selain dari sambal belacan kerana aroma wangi dari bunga kantan ini yang menjadikan sambal ini unik dan sedap,” kata Yusma.

Rombongan yang mengambil masa selama empat hari tiga malam ini juga adalah untuk mencari dana bagi dewan tersebut untuk menjalankan aktiviti-aktiviti mereka.

“Alhamdulillah kita berjaya dan pengalaman berharga ini akan menjadi langkah awal untuk DMPK meneruskan usaha mencari dana dengan menganjurkan aktiviti melancung,” ujar Yusma lagi.