KUALA TERENGGANU – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri, hari ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 3 petang memaklumkan, keadaan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka melanda beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang serta Pulau Pinang dan Perak sehingga jam 9 malam ini.
Antara daerah di Terengganu melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Sementara di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang.
Di Kedah melibatkan daerah Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala Pahang diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Jerantut.
Sementara itu, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda Sri Aman, Betong, Kapit (Belaga), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang di Negeri Sarawak serta Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan di Sabah sehingga 7 malam ini.