Home Berita PAS Pahang

Amalnita Pahang giat bantu golongan asnaf menjelang Syawal

66
SHARE

 

Oleh : HABSAH ALI

KUANTAN, 5 Apr – Seramai lebih 100 orang asnaf disantuni Amalnita Pahang menjelang Syawal bagi tahun ini di sini semalam.

Pengerusi Amalnita Pahang Rosmawati Bohari berkata aktiviti begini telah menjadi rutin tahunan hasil dari sumbangan orang ramai.

“Saya berharap dapat melaksanakan program ini setiap tahun bagi membantu lebih ramai asnaf selain membuka ruang kepada lebih ramai orang untuk sama-sama menyumbang dan meraih ganjaran besar bersedekah di bulan Ramadan.”

Menurut beliau pada tahun ini seramai 50 orang anak asnaf di Sekolah Kebangsaan Sultan Abdullah Kuantan telah disantuni dengan sumbangan kuih dan duit raya.

Manakala hampir 60 orang pekerja pembersihan telah menerima bakul makanan barangan dapur seperti beras, tepung, gula, minyak masak dan sebagainya iaitu di Bukit Sekilau, Bukit Rangin, Permatang Badak, Bukit Sekilau, Politeknik Sultan Ahmad Shah, Semambu, Beserah, Sungai Karang, Balok, Sungai Ular, Cherating dan Pelabuhan Kuantan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi Amalnita Pahang Nor Azni Wahab berkata pertubuhan ini juga telah membantu Yayasan Amal Malaysia Pahang dalam program Kempen Derma Darah Ramadan 2024 yang telah diadakan di Masjid Balok Makmur, Kampung Padang dan Perkampungan Sungai Isap Perdana selain dari aktiviti di atas.