Home Berita PAS Sabah

Amalkan Islam dalam keluarga, cara hindar anak terlibat LGBT

395
SHARE

Oleh : Nursam Mohammad
1 Julai 2021

PAS Kawasan Putatan mengajak masyarat mengamalkan cara hidup Islam dalam kehidupan seharian bagi menghindari anak-anak terpengaruhi dengan budaya lesbian, gay, biseksual, transeksual (LGBT)

Yang Di Pertuanya, Ustaz Muhammad Akmal Othman berkata, sudah tiba masanya masyarakat kembali dengan cara hidup Islam sebenar agar dapat mendidik anak-anak dengan acuan Islam.

Menurutnya, dengan era dunia tanpa sempadan dewasa ini, kemajuan teknologi rentas budaya, anak-anak kita mudah terdedah dengan aktiviti tidak sihat seperti LGBT.”

“Ibu bapa harus menjadi individu pertama dalam keluarga memantau aktiviti anak-anak kita dalam media sosial”.

“Ibu bapa perlu memberi pendidikan yang betul di dalam rumah, kerana merekalah yang lebih dekat dengan anak-anak.”

“Ibu bapa juga disaran kerap mengikuti kuliah agama walaupun secara maya (online), bagi mendapat panduan nasihat dan pedoman daripada para ulamak.”

“Usaha kelompok tertentu yang mempromosikan gaya hidup songsang mereka cuba merosakkan masyarakat dengan gaya hidup tersebut perlu segera dibendung dan dihentikan.”

Tegasnya, kerajaan harus menggiatkan usaha membenteras golongan tersebut dari terus mempengaruhi anak muda dan generasi belia negara ini.

PAS Kawasan Putatan juga mendukung usaha Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) , YB Dato’ Ahmad Marzuk Shaary yang telah mewujudkan pasukan Task Force menangani isu LGBT baru-baru ini.

“Semua pihak perlu memainkan peranan agar kelompok san gaya hidup LGBT ini tiada tempat untuk menular dalam negara Malaysia kita tercinta ini,” tegasnya lagi.