Home Berita PAS Perlis

Amal Perlis Berjaya Anjur Perkhemahan Tahunan

1446
SHARE

Oleh : Izzuddin Ahmad

ARAU : Jabatan Amal Malaysia Perlis menjadi antara negeri terawal yang berjaya melaksanakan Perkhemahan Tahunan Amal (PTA) bagi tahun 2017.

Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu telah diadakan di Kompleks Pendidikan MADI, Jejawi Dalam, Arau, bermula 20 Oktober yang lalu.

Seramai 60 orang anggota amal daripada seluruh negeri Perlis telah menyertai PTA kali ini.

Aktiviti utama yang dijalankan dalam perkhemahan itu ialah Kursus Asas Kemahiran Amal 1 (KAKA 1) yang wajib dijalani setiap anggota berdaftar Jabatan Amal Malaysia.

PTA kali ini telah menyaksikan seramai 4 orang anggota telah menerima kenaikan pangkat manakala semua peserta telah lulus ujian KAKA1.

Majlis Penutupan PTA 2017 telah diadakan pada 22 Oktober 2017, dengan dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Amal Malaysia, Tuan Mohd Nazree Mohd Aris, YB Mohd. Shukri Ramli, Pesuruhjaya PAS Perlis dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Perlis, Dr. Saifizi Saidon.