Home Berita PAS Terengganu

Alukan kedatangan ‘Coldplay’ suburkan budaya hiburan melampau

21
SHARE

KUALA NERUS – Mengalu-alukan kedatangan kumpulan penghibur antarabangsa seperti kumpulan ‘Coldplay’ dalam kalangan pemimpin negara adalah seolah-olah seperti mengalakkan budaya hiburan melampau terus subur dalam kalangan rakyat terutamanya anak muda negara ini.

Ahli Akademik, Profesor Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang ramai yang masih tidak memiliki kefahaman islam sebenar pada hari ini tidak sewajarnya didedahkan dengan kumpulan menyokong golongan songsang lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Bukan tidak boleh berhibur, tetapi benda-benda yang tidak boleh membawa kebaikan (dihalang) terutamanya serangan budaya barat ini melalui program hedonisme, ini cara untuk melalaikan (umat Islam) kita hari ini.

“Kalau kita terus suburkan program sebegini dia tidak akan membantu anak muda kita (menjadi lebih baik) yang memiliki akidah yang rapuh,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menjadi panel pembentang di Simposium Milenial Negarawan : Idealisme dan Aktivisme Belia Dalam Membangunkan Negara, di Dewan Perdana Kompleks Pentadbiran Bandar Al-Wathiqu Billah, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee berkata tugas pemimpin mewujudkan suasana yang baik dengan menyediakan persekitaran yang tepat sebagai sebuah negara Islam.

“Kita kena ingat untuk jadi umat yang terbaik adalah dengan mencegah kemungkaran dan berimana kepada Allah, bukan tidak boleh berhibur tetapi perlu selari dengan syariat Islam,” katanya.