Home Berita PAS Sabah

Alam Ria Pasti Zon Pedalaman Meriah

79
SHARE

30 OKTOBER 2023
Oleh: Mimi Hazwa MS

KENINGAU: Alam Ria Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Zon Pedalaman berlangsung dengan sangat meriah namun penuh kesederhanaan di Sekolah Rendah Tahfiz Al Ilmi Keningau kelmarin.

Penyertaan 10 buah PASTI dari 5 buah daerah; Keningau, Tambunan,Tenom, Nabawan dan Ranau dalam pertandingan Alam Ria kali ini menambah debaran dan saingannya lagi.

Sebanyak 6 acara individu dan 1 acara berkumpulan iaitu nasyid yang dipertandingkan. PASTI Al Falah Keningau mengungguli sebanyak 5 acara iaitu acara bercerita kategori perempuan, sajak kategori lelaki dan perempuan, azan dan pidato pada pertandingan kali ini.

Acara bercerita dan hafazan kategori lelaki dimenangi PASTI Ar Rahim Keningau, manakala Sarah Fatihah Abdul Fattah dari PASTI As Shariff memenangi acara hafazan kategori perempuan sementara bagi acara khutbah pula dimenangi Muhammad Zuhri Mohd Faizal dari PASTI Al Falah II Keningau.

Dalam kemeriahan yang dikecapi, seluruh keluarga PASTI tidak pernah melupakan kesengsaraan dan keperitan yang terpaksa ditempuhi oleh seluruh rakyat Palestin kerana sikap Zionis Israel.

Atas rasa kekeluargaan dan keprihatinan, pelancaran Tabung “PASTI BERSAMA PALESTIN” telah dilancarkan dan mendapat jumlah sumbangan terkumpul sebanyak RM1,163 pada majlis tersebut.

Hadir sebagai tetamu undangan Alam Ria PASTI Zon Pedalaman kali ini ialah Yang Dipertua PAS Keningau, Abdul Hisham Othman.