Home Artikel PAS Perak

Alam Ria PASTI Tonjol Bakan Pelajar

67 views
SHARE

Oleh : Ez

TAIPING , 29 Julai : Alam Ria Pasti Kawasan Bukit Gantang telah dianjurkan dengan jayanya di PASTI Al Badar ,Air Kuning dengan penyertaan seluruh Pasti di Bukit Gantang.

Majlis ini telah dirasmikan oleh oleh YDP PAS Kawasan Bukit Gantang , Ustaz Muhammad Faisal Abdul Rahman.

Acara tahunan yang mempertandingkan acara pidato, sajak, bercerita, nasyid, kalam jamaie, khutbah serta azan telah membuka ruang kepada pelajar berusia 4 hingga 6 tahun menonjolkan bakat masing-masing di hadapan ibu bapa dan penjaga yang hadir.
Sudah menjadi lumrah dalam sesuatu pertandingan akan ada yang kalah dan menang. Walau bagaimana pun, secara keseluruhan penyertaan kali ini amat membanggakan dan menghiburkan kepada para penonton yang hadir.

Nyata hasil didikan PASTI telah berjaya melahirkan anak-anak pintar soleh yang berbakat besar serta teguh berprinsip.
Johan setiap acara akan mewakili Pasti kawasan Bukit Gantang ke pertandingan Alam Ria PASTI peringkat negeri Perak yang bakal diadakan nanti.
Berikut adalah keputusan penuh pertandingan:

1. Nasyid
Juara : PASTI Nurul Haq
Naib Juara : PASTI As Syuhada
Ketiga : PASTI AL Mustaqim

2. Kalam Jamaie
Juara : PASTI Al Mustaqim
Naib Juara : PASTI Nurul Hidayah
Ketiga : PASTI AL Badar , Air Kuning

3. Bercerita ( L )
Juara : PASTI Al Mustaqim
Naib Juara : PASTI Nurul Haq

4. Bercerita ( P )
Juara : PASTI Bilal Bin Rabah
Naib Juara : PASTI Al Fitra
Ketiga : PASTI AL Rasyidin

5. Pidato ( P )
Juara : PASTI Nurul Haq
Naib Juara : PASTI Al Badar ,Air kuning

6. Sajak ( L )
Juara : PASTI Al Kauthar
Naib Juara : PASTI Al Badar
Ketiga : PASTI AL Azhar

7. Sajak ( P)
Juara : PASTI Al Fitrah
Naib Juara : PASTI Nurul Haq
Ketiga : PASTI AL Kauthar

8. Azan
Juara : PASTI Al Jauhar
Naib Juara : PASTI Al Kauthar
Ketiga :PASTI Nurul Haq

9. Khutbah
Juara : PASTI Al Badar , Air Kuning
Naib Juara : PASTI Nurul Haq

10. Hafazan ( L )
Juara : PASTI Al Badar , Air Kuning
Naib Juara : PASTI Al Azhar
Ketiga : PASTI Nurul Jauhar

11. Hafazan ( P )
Juara : PASTI Jannatul Firdaus
Naib Juara : PASTI Al Jauhar
Ketiga : PASTI Nurul Haq