Home Berita PAS Sabah

Alam Ria PASTI Tawau bertemakan Palestin tanda solidariti

122
SHARE

Oleh: Nur Syarifah Ariffin. 1 November 2023

Tawau : Pasti Kawasan Tawau telah mengadakan Ihtifal Alam Ria pada ahad lalu bertempat di Dewan Masyarat Tawau.

Tema Palestine diambil sebagai tanda bersolidariti kepada rakyat Palestin yang kini ditindas dengan kejam oleh zionis .

Hadir merasmikan Yang Dipertua PAS Kawasan Tawau dalam Ucapannya berkata โ€œkita kena beri kesedaran seawal usia kepada anak-anak tentang hak kita dalam memperjuangkan Islam yang cuba ditindas oleh Israel dengan kekejaman yang mereka lakukan apabila membunuh ribuan kanak-kanak!โ€

Sebanyak 26 buah PASTI yang merebut Kemenangan dalam 6 acara individu iaitu Acara Hafazan,Azan,Khutbah ,bercerita,Sajak dan pidato . Manakala Acara Nasyid Merupakan acara kemuncak pada Ihtifal Alam Ria ini.

Johan keseluruhan acara dimenangi oleh PASTI An Naufal kunak, Naib Johan pula disandang oleh PASTI Nurul Hannani Jalan kuhara , manakala tempat ketiga diberi kepada PASTI Nurul Fathonah Ranggu.

Kira-kira 2 ribu ibubapa dan penjaga yang hadir memeriahkan dengan bertemakan Palestin .

Pengerusi PASTI Tawau Irwan Hamdan menzahirkan Jutaan terima kasih kepada hadirin Yang hadir mengikut tema sebagai tanda kecintaan kepada Palestin,
Beliau juga turut memberi penghargaan kepada Ahli keluarga yang hadir dengan mengikut tema tersebut .

Turut hadir ketua Dewan Muslimat PAS Tawau Mandin Ladale bersama Timbalannya Darmawati Fattah