Home Berita PAS Sabah

Alam Ria PASTI Pra Tahfiz Kalabakan gilap bakat anak

659
SHARE

Oleh : Salwa Bahar

KALABAKAN : Alam Ria PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan telah berlangsung pada 4 Ogos 2019 di Dewan Hotel Heritage, Tawau. Acara tahunan ini antara usaha PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan menggilap bakat anak-anak dalam pelbagai kemahiran.

Acara yang dipertandingkan pada tahun ini adalah nasyid, sajak, hafazan, bercerita dan azan yang menyaksikan persaingan antara 8 cawangan PASTI sekitar Kalabakan.

Dalam ucapan perasmian, Ketua Pemuda PAS Kalabakan, Razman Rosli menyatakan bahawa PASTI bukan sahaja mengajar anak-anak menghafal Quran malahan PASTI melatih anak-anak berani berdepan dengan masyarakat. Ini terbukti dengan melihat kesungguhan anak-anak semasa melakukan persembahan.

Kata beliau lagi, program ini antara usaha untuk mendidik anak-anak menjadi ketua dan suri teladan untuk masyarakat.

Keputusan menyaksikan PASTI Al-Amin dinobatkan sebagai johan keseluruhan dengan meraih 2 emas, 2 perak dan 1 gangsa dalam pertandingan yang disertai.

Turut sama hadir memeriahkan majlis tersebut ialah Yang DiPertua serta Naib Yang DiPertua Kawasan Kalabakan, Haji Ahmad Dullah dan Usman Madeaming, Pengerusi PASTI Kawasan Kalabakan, Jupri Ahmad