Home Artikel PAS Perlis

Alam Ria PASTI Kawasan Kangar Berlangsung Meriah

686
SHARE

KANGAR : Alam Ria PASTI Kawasan Kangar telah berlangsung dengan meriahnya pada 22 Julai 2017 bertempat di Kompleks Pendidikan MADI, Arau, Perlis.

Sebanyak 14 buah PASTI dari seluruh pelusuk Kawasan Kangar telah berentap dalam lapan acara yang dipertandingkan.

Antara acara yang dipertandingkan adalah bercerita, pertandingan sajak, kalam jamaie, nasyid, hafazan dan sebagainya.

Alam Ria PASTI yang dianjurkan pada setiap tahun ini menjadi platform mengukur tahap keberanian dan bakat para pelajar PASTI menerusi acara-acara yang dipertandingkan.

Johan keseluruhan Alam Ria PASTI Kawasan Kangar pada kali ini telah dirangkul oleh PASTI Smart Aulad Al Irsyad, Taman Utama, diikuti PASTI Tarbiyatul Atfal, Jejawi Dalam sebagai Naib Johan. Tempat ketiga pula dimenangi oleh PASTI Assolehin 1, Behor Temak.

{jathumbnail off}