Home Pedoman Haraki

Al-Quran Itu Bijaksana: Orang Yang Hebat Sentiasa Mendampingi Al-Quran

979
SHARE

AL-QURAN ITU BIJAKSANA: ORANG YANG HEBAT SENTIASA MENDAMPINGI AL-QURAN

SIfat bijaksana adalah sifat orang yang berakal yang mencapai tahap tertinggi dalam berfikir. Namun, Allah meletakkan sifat ini juga kepada al-Quran kerana al-Quran ini adalah benda hidup yang sentiasa memberi kepada manusia. Biarpun digali segala mutiara di dalam al-Quran, ia tidak habis-habis sehingga kiamat. Allah berfirman: Yaasin, wal Quranil Hakiim. (Demi al-Quran yang bijaksana). (Yasin: 2).

Manusia yang bersifat dengan bijaksana ialah seorang yang hebat. Dia mampu mengawal emosi dan memberi pandangan, idea dan buah fikiran yang bernas dan tepat. Dia tidak lokek menghulurkan sumbangan berupa wang ringgit mahupun tenaga. Dia juga sanggupun bersusah payah kerana orang. Ini sifat orang yang mulia. Semua orang suka kepada orang mulia.

Al-Quran lebih hebat dari manusia kerana ia adalah ciptaan Allah dan merupakan kalamnya. Segala kandungannya adalah mukjizat yang memang manusia tidak dapat menandinginya. Segala apa masalah yang berkaitan dengan manusia semuanya ada disentuh di dalam al-Quran. Cumanya kita sahaja yang mungkin tidak membacanya dan tidak menjumpainya.

Kalaulah al-Quran sebagai buku biasa sahaja, ia tidak bijaksana kerana ia kaku. Kalaulah ada sebuah buku yang hebat tara mana sekali pun, ia akan lapuk dek zaman kerana ia tidak dapat menyesuaikan diri dengan semua keadaan dan zaman. Tetapi al-Quran tidak, ia sentiasa evergreen yang dibaca oleh orang kulit hitam, kulit putih, kulit sawomatang, kulit kuning dan lain-lain, pada zaman lampau, kini dan akan datang. Tiada pula orang jemu membaca al-Quran.

?Orang yang bijaksana itu hebat. Kalaulah al-Quran itu bijaksana dan hebat, amat rugi kalau kita tidak membaca dan menatap segala isi kandungannya. Selalunya, manusia nak memakai pakaian yang hebat, memiliki kereta yang hebat, mempunyai kerjaya yang hebat, tiba-tiba dia tidak mahu kepada al-Quran yang maha hebat. Ini tak betul kerana manusia yang hebat perlu mendampingi perkara yang hebat. Bila kita baca al-Quran dan menghayati kandungannya, Insya Allah pandangan kita hebat dan segala tutur bicara kita pun turut hebat dan bijaksana.

Kehebatan al-Quran menunjukkan kehebatan pencipta al-Quran itu sendiri iaitu Allah. Seperti mana al-Quran itu bijaksana, Allah lebih bijaksana. Oleh sebab itu, tiada alasan bagi manusia untuk menolak segala kandungan dan idea dari al-Quran. Manusia belum cukup bijaksana seperti al-Quran. Kalau nak bijaksana, selalulah menghayati al-Quran dan melaksanakan idea-idea al-Quran.

Dr. Muhamad Faisal

{jathumbnail off}