Oleh ROSLI ABDUL JABAR
Sebelum tahun 2000 tempat dudukku selalunya hanya ditepi-tepi pagar dewan Muktamar. Tak ingat dah, sejak bila Muktamar Pemuda diputuskan mesti diwakili oleh pemuda-pemuda diperingkat kawasan, sejak itulah aku mula berada didewan muktamar pemuda sehingga tamat usia pemudaku.
Tahun 1997 aku sebagai Ketua DPP Kaw Paya besar, juga pernah sebagai menjadi Ketua DPP dikawasan kelahiranku, Pekan ketika berlakunya persempadanan baru pilihan raya dan jawatan terakhirku sebagai Timbalan Ketua DPP Negeri Pahang.
Tidak sempat menjadi penganggur politik, jawatan sebagai YDP PAS Kuantan segera melamarku, menjadikan aku dan muktamar langsung tidak boleh dipisahkan. Kad perwakilan semua muktamar termasuk kad pemerhati di zaman bujangku, masih tersimpan rapi di muzium kecil disudut kediamanku. Beg Muktamar sebahagiannya telah disedekahkan kepada sahabat-sahabat, banyak sangat, belum sempat buruk yang lama dah dapat pula beg muktamar yang baru.
Muktamar dan Jambori Amal sepertinya satu perayaan bagiku. Aku agak ekstrim dengan tarikhnya. Satu kegembiraan yang paling hebat bila hadir dikedua-dua program itu ialah dapat berjumpa dengan kawan-kawan dari seluruh negara. Muktamar dan jambori amal sangat mencerut jalinan ukhuwwah sesama jundi meskipun tajwid dialek agak berlainan, gembira sangat, muktamar dan jambori amal menjadikan aku mempunyai sahabat diseluruh pelosok bumi Malaysia termasuk bumi Sabah dan Sarawak.
(Sambung perjalanan balik Kuantan, sampai KL semalam kul 12 lebih, isteri dan anak2 lapar, berhenti makan dulu, siap makan dan jam 1.30 pagi, mata kenyang semakin mengecil, tak mampu lagi mengangkat kening, tidur dulu. Pagi ni sambung perjalanan, anak-anak dah ponteng sekolah sejak khamis kerana ikut ayah ke Muktamar. Deruan angin pantai Tanjung Lumpur mula membuai hati, seperti dingin menghembus wajah. Doakan kami selamat sampai, kalau lambat sampai, saya akan coretkan lagi pengalaman emas muktamar PAS).
Penulis ialah Adun PAS Kawasan Tanjung Lumpur