Home Berita PAS Terengganu

Aksi Sengit AlFateh – Haziq Jadi Penutup Sempurna Pingpong SUTERA

3
SHARE

KUALA NERUS – Acara perseorangan lelaki Pingpong akhir menyaksikan wakil Besut, Muhammad AlFateh Ahmad Fuad menang tipis ke atas wakil Kuala Nerus, Muhammad Haziq Syazwan Mohamad Sabri dengan skor 4-3, untuk meraih pingat emas dalam Sukan Terengganu (SUTERA) 2025.

Dalam aksi sengit yang berlangsung di Ar-Riyadah Residence, Haziq terlebih dahulu mendahului pada set pertama, sebelum AlFateh melakukan kebangkitan memenangi set kedua dan ketiga untuk kedudukan 1-2.

Haziq kembali bangkit menyamakan kedudukan 2-2 pada set seterusnya, sebelum kedua-dua pemain saling meraih kemenangan bagi set kelima dan keenam.

Memasuki set penentuan, AlFateh memusnahkan harapan Haziq apabila menang 11-2 mata, untuk muncul sebagai juara dengan skor 4-3.

Kemenangan itu turut menyaksikan tiada dominasi pasukan berlaku di lapangan acara Pingpong yang berakhir, hari ini.

Menawarkan lima kategori pertandingan, acara perseorangan lelaki dimenangi Besut dan wanita diraih pemain Setiu.

Manakala, beregu wanita menjadi milik pasukan Marang, Kuala Nerus merebut gelaran jaguh beregu lelaki dan beregu campuran digondol pasukan Kemaman.