Ahad, 6 Februari – Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai hari ini telah berjaya menganjurkan pertandingan memanah melibatkan lebih 70 orang peserta.
Pertandingan ini adalah bersempena dengan perasmian ‘Akademi Memanah Ishaq Ar Raqqi’ . Perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Ust Hafez Sabri .
Akademi memanah ini adalah salah satu projek yang dijayakan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai bagi menarik minat anak muda khususnya dalam sukan memanah ini.
Pertandingan ini turut dihadiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Bagan Serai, Pengarah DACS Negeri Perak serta Ketua Pemuda PAS Kawasan Bagan Serai, Ust Hanif Abd Karim.
#PASPerak
#IslamMenyatukanUmmah