Home Berita PAS Johor

Ajarkan Wanitamu Erti Ihtiram

1227
SHARE

Ajarkan Wanitamu Erti Ihtiram

Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Mersing : Rata-rata Muslimat di kesemua 25 kawasan di sekitar Johor hari ini selesai mengadakan majlis khatam Quran yang mana merupakan salah satu aktiviti rutin sepanjang Ramadan.

” Ihtiram Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ)” yang merupakan salah satu acara kemuncak sempena Ramadan ini bermula dari jam 2 petang dan berakhir jam 5 petang menjadikan Mersing sebagai tuan rumah.

Perkataan memuliakan (ihtiram) bererti memandang penting, menjunjung tinggi, dan sangat menghormati , justeru muslimat digesa memuliakan al Quran dengan mentadabbur dan beramal dengan isinya bagi meraih darjat taqwa, demikian ujar wakil DMPNJ Puan Hjh Sabariah Mohd Amin selaku Naib Ketua Muslimat sesi ini.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Ummi juga berkata, “dalam mempersembahkan tarbiyah atau pendidikan yang benar untuk masyarakat sewajarnya kita bermodulkan kepada Al Quran dan sunnah, justeru kedua-duanya merupakan manhaj terbaik dan sempurna untuk mendidik jiwa-jiwa manusia selari dengan dasar PAS itu sendiri.”

Maka untuk mengisi cita-cita murni ini , Lajnah Tarbiyah dan Pengkaderan DMPNJ turut mengajak para muslimat untuk sama-sama berihtiram dengan al Quran dengan mempraktikkan isi kandungannya yang sarat dengan hukum hakam dan adab-adab islamiyyah yang wajib menjadi panduan , khususnya yang mengimpikan sebuah kehidupan yang sejahtera disulami dengan kesantunan dan ketinggian akhlak.

Sebelum bersurai, para hadirin sempat mengikuti halaqah kemudian majlis khatam Quran,bacaan doa khatam,selawat sambil mengedar bunga telur, ucapan wakil DMPNJ, perbincangan isu semasa, solat asar dan bacaan doa.