Home Berita PAS Terengganu

Ahmad Samsuri pertahan kerusi Rhu Rendang

11
SHARE

MARANG – Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar bakal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri, 12 Ogos ini.

Seramai lapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) juga akan mempertahankan kerusi di DUN masing-masing.

Manakala, dua lagi EXCO kerajaan negeri, Dato’ Dr Alias Razak (Bukit Tunggal) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang) tidak mempertahankan kerusi berkenaan.

PAS juga mengekalkan Datuk Ahmad Amzad Hashim yang akan bertanding di Parlimen Kuala Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Pengumuman itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Parti Islam Se-malaysia (PAS), Senator Dato’ Husain Awang pada Majlis Pengumuman calon Perikatan Nasional (PN) Terengganu di Dewan Rusila, Marang di sini semalam.

Turut hadir pada majlis itu, Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) Negeri ke-14, Ahmad Samsuri menang kerusi di DUN Rhu Rendang dengan jumlah majoriti sebanyak 6,028.

Beliau menewaskan pesaingnya ketika itu, Nik Dir Nik Wan Ku (Barisan Nasional-UMNO) dan Zarawi Sulong (Pakatan Harapan-PH).