Home Berita PAS Terengganu

Ahmad Said tuduh rakyat makan rasuah

431
SHARE

KUALA TERENGGANU – Dato’ Seri Ahmad Ahmad Said bukan hanya menuduh kerajaan negeri mengamalkan rasuah dengan mengagihkan pelbagai bantuan tunai secara ‘one-off’, tetapi seolah-olah turut mendakwa rakyat sebagai ‘pemakan rasuah’ kerana menerimanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan negeri, Mohd Nor Hamzah berkata, tidak sewajarnya Pengerusi Badan Perhubungan Umno itu menimbulkan isu tersebut kerana kerajaan pada hari ini sedar tentang kutukan Islam terhadap perasuah dan penerima rasuah.

“Seolah-olah semua rakyat salah dan semua yang memberikan sokongan kepada ‘Perikatan Nasional’ baru-baru ini makan rasuah.

“Terserahlah kepada rakyat untuk membuat penilaian, saya rasa rakyat dah tolak serta faham perkara ini, jadi kita serahlah kepada Suruhanya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan dengan sebaiknya, jadi kita serahkan kepada mahkamah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pihak Urus Setia Penerangan Darul Iman (UPDI) di Duyong Marina Resort semalam.

Mengulas lanjut katanya, tindakan Ahmad Said memfailkan petisyen memohon mahkamah membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) melibatkan Parlimen Marang, Kemaman dan Kuala Terengganu kerana berlaku pengaihan wang yang berleluasa sangat dialu-alukan.

“Peraturan yang akan memutuskan perkara tersebut rasuah ataupun tidak juga ditentukan di mahkamah, oleh kerana itu kerajaan negeri bersifat terbuka, bila-bila masa sahaja, marilah buat siasatan adakah dana i-Fitri, i-Mahasiswa, pencen rakyat dan sebagainya yang disalurkan oleh kerajaan negeri itu adakag rasuah,”ujarnya.

Tegasnya, Ahmad Said sebenarnya sengaja membangkitkan perkara tersebut untuk mengalihkan pandangan rakyat yang sekarang ini sedang melihat dan menilai tentang wujudnya golongan kluster mahkamah.

“Supaya masyarakat lupa tentang isu ‘kluster mahkamah’ ini dan mengalih perhatian dengan mewujudkan perpepsi kononnya orang lain (PAS) turut terpalit dengan perbuatan melakukan rasuah juga,” katanya.