KUALA TERENGGANU – Parlimen Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, Dato’ Ahmad Amzad Hashim telah mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Kuala Terengganu.
“Ahmad Amzad memenangi Pilihan Raya Kecil P.036 pada 12 Ogos lalu.
“Upacara Mengangkat Sumpah dilafazkan di hadapan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Johari Abdul bertempat di Kamar Khas, Blok Utama, Parlimen Malaysia, hari ini (5 September), ” ujar kenyataan itu.
Dalam kenyataan tersebut, Johari turut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan Ahmad Amzad dan berharap agar beliau dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh dedikasi.