Home Kenyataan Media PAS Selangor

Ahli politik cerminan rakyat, tumpu jaga kehidupan dan nyawa rakyat – PJ PAS Selangor

177
SHARE

May be an image of 2 people, people sitting and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

Ahli Politik Cerminan Rakyat, Tumpu Jaga Kehidupan Dan Nyawa Rakyat

YB DATO DR AHMAD YUNUS HAIRI

Pesuruhjaya PAS Selangor

Kenapa sukar sangat untuk Ahli Politik Pembangkang bersatu hati memberi tumpuan sepenuhnya menangani wabak Covid-19.

Rakyat melihat ahli-ahli politik PH ni asyik berfikir untuk berkerajaan dan menukar Perdana Menteri.

Sidang Parlimen yang akan dirancangkan untuk bersidang pun sudah mula ada bunyi untuk di jadikan platform menjatuhkan kerajaan. Dulu semasa gagal menjadi kerajaan dan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, tidak pula berfikir panjang untuk mengurus tadbir kerajaan dengan baik.

Kerajaan PN inilah yang bersusah payah mengambil alih urus tadbir negara terutamanya menangani wabak Covid-19 dan hari ini Kerajaan PN ampuh, urus tadbir baik oleh Perdana Menteri dan Menteri-Menteri.

Cubalah letak dulu senjata politik yang merosakkan negara dan berganding bahu menangani wabak Covid-19 yang melanda negara kita. Tumpukan kepada menyelamatkan nyawa rakyat, gelombang menggalakkan pengambilan vaksin agar immuniti kelompok tercapai dan wabak Covid-19 ini dapat ditangani.

Rakyat akan melihat fokus ahli politik, kalau ahli politik asyik berpolitik dalam keadaan kesusahan rakyat, rakyat akan hukum dalam PRU-15 nanti. Rakyat akan ajar ahli politik PH yang membawa “wabak politiking” sepanjang masa.

Biarlah kita berpolitik bila tiba masa Pilihanraya ke 15 nanti, hargai nyawa rakyat yang bertungkuslumus untuk terlibat sama memajukan negara kita yang kita sayangi.

24 Zulkaedah 1442H | 5 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor